Tuesday, October 20, 2009

Perginya Teman Mujahidah

Assalamu'alaikum w.b.t...waktu rayau2 menyelongkar isi laptop yang baru dipenuhkan dgn bahan2 yg disedut dari teman2..biasa la teruja lagi dapat laptop baru yg tiba 2minggu lalu,tiba2 bertemu dengan artikel ni...semoga memberi manfaat kpd pembaca semua terutama buat sahabat dan sahabiah yg bersama2 menerokai ilmu di Ardul Kinanah ini .

Dan ku semadikan buat sahabat2 seperjuangan...

.................................................................................

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.Beberapa hari berlalu (2.10.1997), perginya ke sisi Allah isteri Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Jenazahnya diiringi oleh ribuan masyarakat Mesir dari setiap negeri menuju ke tempat persemadiannya yang terakhir di dunia ini dengan penuh kekaguman terhadap jihad dan kelebihan yang ada padanya. Jika sekiranya para hukamak mengatakan " Sesungguhnya di belakang setiap lelaki yang hebat, ada wanita dibelakangnya ", maka Almarhumah merupakan wanita yang berada dibelakang suaminya, membantu dan mendorong dari belakang, menyokongnya untuk terus bergerak dalam jalan Dakwah walau berdepan dengan ranjau dan duri. Detik-detik jihad Almarhumah terlalu banyak.

"Saudari akan menjadi isteriku yang kedua kerana aku telah berkahwin dengan isteriku yang pertama sebelum saudari. Aku amat mencintainya dan aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya ". Almarhumah bertanya, "Siapakah dia?". Ustaz Mursyid menjawab, " Dia adalah Dakwah di jalan Allah. Diharap saudari jangan cemburu kepadanya ". Almarhumah menjawab, "Dakwah tersebut adalah tuanku dan aku adalah khadamnya". Begitulah teguhnya janji yang diukir sehingga berlalu 51 tahun Almarhumah mengharungi masa tersebut bersama suaminya. Dakwah Ikhwan Muslimin adalah tuannya yang menyuruh, lalu dia mentaatinya. Dakwah berkata, dan dia patuh mendengar kata-kata tersebut. Suaminya dipenjara selama 19 tahun, dalam tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an, tetapi Almarhumah tetap setia pada janjinya dan tsabat di atas Dakwah ini.

Apabila Ustaz Mursyid mula dipenjara, dia meninggalkan 4 orang anak kecil kepada Almarhumah untuk dibesarkan olehnya berseorangan diri. Mereka ialah Masyhur, Salwa, Wafak dan Sumayyah. Jadilah Almarhumah sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Almarhumah mendidik mereka dengan baik. Apabila Ustaz Mustafa keluar dari penjara, dia mendapati mereka dalam keadaan sebaik-baik agama, ilmu dan akhlaq. Sangat berat hari-hari berlalu ketika suami dipenjara tetapi Almarhumah bersungguh-sungguh berusaha memastikan hari-hari itu indah lagi menggembirakan untuk anak-anak mereka. Pernah mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Mursyid di penjara Wahaat selama 9 tahun lalu Almarhumah menghubungkan mereka dengan ayah mereka melalui surat pos.

Almarhumah memegang pen di tangan-tangan kecil mereka menulis kalimat-kalimat tsabat dan dorongan kepada ayah yang sedang berada di belakang jaringan besi di penjara. Almarhumah menyanyikan untuk mereka " Nahnu nuhibbu baba, wa baba yuhibbuna " ( Kami sayangkan ayah, dan ayah sayangkan kami ). Almarhumah membeli permainan dan hadiah dengan duit yang tersimpan agar dia menghadiahkan kepada mereka yang masih kecil dengan mengatakan " Baba arsala ilaikum hazihi hadaya" ( Ayah kirim hadiah-hadiah ini untuk kamu ). Berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir ; mehnah = dugaan, takyid = sokong ). Beberapa orang dari saudara mara Ustaz Mursyid menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi Almarhumah enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya. Pernah apabila hari-hari raya menjelang tiba, Almarhumah tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian hari raya untuk anak-anak. Untuk menggembirakan mereka, beliau menurunkan beberapa kain langsir rumah untuk dibuat pakaian raya. Pernah juga beliau sampul kusyen kerusi dan sofa dijahitnya menjadi baju anak-anak. Almarhumah menanamkan kedalam jiwa anak-anak perasaan theqah kepada Allah, meneguhkan hati mereka dengan rasa bangga terhadap tugas ayah dalam menyampaikan risalah Dakwah. Beliau menjadikan anak-anak merasakan bahawa ayah mereka adalah seorang mujahid, dipenjara kepada aqidahnya dan patut mereka berbangga dan menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain.

Apabila Ustaz Mursyid keluar dari penjara, Almarhumah menyambung perjalanannya bersama Mursyid, mencurahkan pengorbanan. Ustaz Mursyid yang sentiasa pergi ke marata tempat dalam dan luar Mesir berdakwah di jalan Allah. Waktu di rumah sangat sedikit, namun Almarhumah tetap redha dan tenang. Bahkan dihari-hari yang kebiasaannya ahli keluarga berkumpul seperti berbuka dibulan Ramadhan, beliau berkorban haknya untuk diberikan kepada anak-anak Dakwah lain yang mengundang si suami. Almarhumah berkongsi perasaan dan prihatin suami terhadap anak-anak Dakwah di mana sahaja mereka berada, dalam atau luar negeri, bertanyakan keadaan keluarga dan anak-anak mereka dan sering mendoakan untuk mereka. Almarhumah kuat berpuasa, qiamullail, berbudi luhur dan sentiasa berharap kebaikan kepada manusia - semua manusia. Sejak bertahun-tahun Almarhumah tidak ketinggalan bersama suaminya berqiamullail. Beliau memastikan bahagian akhir malam untuknya dan suaminya, bersama Allah, bermunajat dan berdoa kepadaNya agar dia menemuiNya dalam keadaan dia redha lagi diredhai olehNya. Semoga Allah mengampuninya, melimpahi rahmat keatasnya dan mengurniakan kesabaran keatas suami, anak-anak dan mereka yang mencintainya. Kita tidak mengatakan sesuatu melainkan yang diredhai oleh Allah : Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun ( Kita dari Allah, dan kepadaNya kita akan kembali ). [Dari Lembah Nile

.................................................................................

Wahai mujahid mujahidah ISLAM...Ambillah pengajaran dari kisah ini...biarlah kita menjadi mata rantai yang meneruskan perjuangan ini...yang patah tumbuh yang hilang berganti...itulah kita !!!

Sunday, October 18, 2009

Niqab ~ Ape pendirian kita...

Walaupun dah ramai yang mengulas isu ini, tapi rasanya agak perlu utk ana sekali lagi copy and paste artikel ini utk bacaan sahabat2 di Malaysia yang dah byk menyoal tentang isu ini..terutama apabila ulama' di persoalankan...jadi buat sahabat2 ana baca dulu sebelum menghukum yer..

...................................................................................

*salinan dari laman blog Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir

Saturday, October 10, 2009

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :

Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir

..................................................................................

Baru-baru ini,PMRAM telah mengadakan sesi soal jawab berkaitan isu ini dan isu 'Majlis Kutub Sittah yang Cuba Digagalkan'...bagi menjawab segala persoalan berkaitan..

...................................................................................

*dipetik dari blog ustaz Hairul Nizam Mat Husain

Berikut adalah pendirian MANHAL PMRAM berhubung dengan isu niqab yang membabitkan al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Muhammad Sayyid Muhammad Tantawi.

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi: Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki: Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e: Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

a) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

b) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

c) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

d) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

e) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

..................................................................................

Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لا يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

Wednesday, October 14, 2009

Apa Nak Jadi Sekarang ni..

Dua hari lepas,ana agak terkejut bila dengar dari teman sebilik yang baru sahaja membuka offline message nya,bahawa Majlis Pembacaan kutub sittah yang dianjurkan oleh PMRAM cuba digagal oleh pihak tertentu...kenapa?? katanya atas sebab-sebab tertentu...tapi kalau diketahui sebab yang diberikan itu agak tak relevan dek akal...

Kenapa soal parti harus ditimbuikan dalam hal ini, sedangkan majlis ini hanyalah satu majlis iimu yang cuba dihidupkan kembali atas dasar untuk memastikan ilmu-ilmu Allah ini akan terus menyusuri hati-hati umat akhir zaman ini, khususnya kita musafir ilmu di bumi anbiya' ini...

cuba kita tinjau objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :

1. Membina dan membentuk mahasiswa yang berjiwa Ulama
2. Memelihara Sunnah Rasulullah daripada penyelewengan
3. Memupuk semangat dan suasana ilmu di kalangan ahli.
4. Menerap semangat cintakan hadith dan ilmu.
5. Melahirkan mahasiswa yang cintakan persatuan dan sanggup mencurah bakti.

bukan nya untuk melahirkan para pembangkang yang profesional !!! jadi apakah relevannya tindakan mereka ini?? hanya mereka yang tahu...

Kalau kita sebagai mahasiswa dari Malaysia yang dihantar khusus ke mesir untuk mendalami ilmu-ilmu Allah ini agar satu masa kita akan kembali ke tanah air mencurahkan kembali kepada ummah Malaysia yang mana ketika ini diambang kehancuran akhlak dan moral...jadi apa guna kita dihantar ke sini,kalau kita nak anjurkan majlis-majlis ilmu pun dihalang...nak masuk majlis ilmu perlu pilih-pilih penganjur nya..kalau macam tu,ilmu apa yang kita bakal pikul bawa balik nanti...ilmu keusahawanan??cara nak berniaga??ilmu yang menghalalkan pencampuran yang tak syarie'??

Apa nak jadi la dunia sekarang ni...majlis ilmu dihalang-halang...tp majlis nyanyian dijulang-julang...

Fikir-fikir lah sahabat sahabiah sekalian apa yang kita nak dalam hidup ni??..apa matlamat kita datang mesir ni??...apa tanggungjawab kita kat Malaysia nanti ??

sama-samalah kita doakan semoga majlis ini berjaya dijalankan n diberkatinya...amin

untuk maklumat langjut sila layari..http://kutubsittah-pmram.blogspot.com atau http://pmram.org