Sunday, December 13, 2009

Renungan...

Andai tidak boleh menjadi cemara di puncak bukit jadilah danau yang paling indah di hujung belukar jika tak bisa menjadi pohon rendang tempat berteduh jadilah perdu yang kukuh untuk berpaut
hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya
apabila segalanya semakin hilang,ingatlah bahawa masa depan masih ada..
belajarlah menghargai insan disekeliling kita..jangan sesekali membenci walau seorang dari mereka..kelak kamu akan memerlukan orang yang dibenci itu disaat kamu kesusahan
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih,bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang,Tapi...bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah s.w.t
don't try to have thing that you love..but...try to love what you have..

Hati ku Mati ???


• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. • Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. • Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. • Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari dosa). • Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang- menyayangi. • Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. • Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati~~Saidina Ali~~

Friday, December 4, 2009

Buat Kali Terakhir...

**Perhatian !! ni utk akhawat jer...

Assalamualaikum...akhirnya tangan ni digagahi jgk utk memetik kekunci laptop ni. Keinginan nak update tu dah lama tapi takde semangat takut plak merapu merabang nnt.. walaupun kali ni pun xde mood tapi nk tulis jgk bila hati dah penat merintih dalam kedukaan...

'Madah berduka buat sahabat-sahabat'

Berkali-kali perkataan sama bermain di bibir ni 'buat kali terakhir' pada kebanyakn perilaku sehari2...adakah ia benar2 terakhir ???? asyik dok ulang2 ayat tu,sahabat2 pun dah pening...sorry sahabat ku sayang.

Ingat lagi semalam, hati ni tak dpt nak tahan lagi,sebak.. berkali2 air mata ni gugur. tak sanggup lihat keriangan sahabat2..makin mereka riang makin sakit hati ni..kenapa???...tenggelam lah dalam senyuman tersendiri.

Ya Allah..beriku kekuatan .

Bila sampai ARMA hati pun tersiat lagi, bukan nyer gila jawatan tapi kerja yg belum terlaksana masih byk lagi...ARMA oh ARMA !!! kenapa la ikat hati ni macam ni sekali..

Intai2 plak masalah sahabat2 yg sentiasa nak berperang,pun susah gak,satu masalah satu masalah..lagi2 pasal musyrif tu..aper nak jadi la akhawat ni,jgn la dok menyusahkan ank org lagi...kdg2 ikhwah pun tak fikir kesusahan akhawat yg sangat memerlukan...kdg2 benda2 remeh pun nak gaduh matang lah wahai diri...sahabat2...dah besar dah kita ni,byk benda lagi nak fikir..tanggungjawab kita besar tu.

ikhwah-ikhwah sekalian, jaga akhawat baik-baik yer..anggap mcm adik beradik sendiri..






Teringat kek-kek tu...ia akan berakhir...tak nak buat kek dah,cukup 8biji sbelum ni.maaf la saper yg smbut birthdah girl lagi...perkhidmatan dah tawakkuf buat selama2 nya...ana tak nak buat lagi setelah tragedi berulang lagi...ana tak marah,itu hak antuma..

Geng-geng budak hitam...maafkan ana yer

sahabat-sahabat,
berilah peluang buat ku 'buat kali terakhir'....

**buat pembaca sekalian jangan gelabah yer, ana sihat lagi...terus tersenyum di sisi kalian.

Tuesday, October 20, 2009

Perginya Teman Mujahidah

Assalamu'alaikum w.b.t...waktu rayau2 menyelongkar isi laptop yang baru dipenuhkan dgn bahan2 yg disedut dari teman2..biasa la teruja lagi dapat laptop baru yg tiba 2minggu lalu,tiba2 bertemu dengan artikel ni...semoga memberi manfaat kpd pembaca semua terutama buat sahabat dan sahabiah yg bersama2 menerokai ilmu di Ardul Kinanah ini .

Dan ku semadikan buat sahabat2 seperjuangan...

.................................................................................

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.Beberapa hari berlalu (2.10.1997), perginya ke sisi Allah isteri Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Jenazahnya diiringi oleh ribuan masyarakat Mesir dari setiap negeri menuju ke tempat persemadiannya yang terakhir di dunia ini dengan penuh kekaguman terhadap jihad dan kelebihan yang ada padanya. Jika sekiranya para hukamak mengatakan " Sesungguhnya di belakang setiap lelaki yang hebat, ada wanita dibelakangnya ", maka Almarhumah merupakan wanita yang berada dibelakang suaminya, membantu dan mendorong dari belakang, menyokongnya untuk terus bergerak dalam jalan Dakwah walau berdepan dengan ranjau dan duri. Detik-detik jihad Almarhumah terlalu banyak.

"Saudari akan menjadi isteriku yang kedua kerana aku telah berkahwin dengan isteriku yang pertama sebelum saudari. Aku amat mencintainya dan aku tidak sanggup untuk berpisah dengannya ". Almarhumah bertanya, "Siapakah dia?". Ustaz Mursyid menjawab, " Dia adalah Dakwah di jalan Allah. Diharap saudari jangan cemburu kepadanya ". Almarhumah menjawab, "Dakwah tersebut adalah tuanku dan aku adalah khadamnya". Begitulah teguhnya janji yang diukir sehingga berlalu 51 tahun Almarhumah mengharungi masa tersebut bersama suaminya. Dakwah Ikhwan Muslimin adalah tuannya yang menyuruh, lalu dia mentaatinya. Dakwah berkata, dan dia patuh mendengar kata-kata tersebut. Suaminya dipenjara selama 19 tahun, dalam tahun-tahun 50an, 60an dan awal 70an, tetapi Almarhumah tetap setia pada janjinya dan tsabat di atas Dakwah ini.

Apabila Ustaz Mursyid mula dipenjara, dia meninggalkan 4 orang anak kecil kepada Almarhumah untuk dibesarkan olehnya berseorangan diri. Mereka ialah Masyhur, Salwa, Wafak dan Sumayyah. Jadilah Almarhumah sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Almarhumah mendidik mereka dengan baik. Apabila Ustaz Mustafa keluar dari penjara, dia mendapati mereka dalam keadaan sebaik-baik agama, ilmu dan akhlaq. Sangat berat hari-hari berlalu ketika suami dipenjara tetapi Almarhumah bersungguh-sungguh berusaha memastikan hari-hari itu indah lagi menggembirakan untuk anak-anak mereka. Pernah mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Mursyid di penjara Wahaat selama 9 tahun lalu Almarhumah menghubungkan mereka dengan ayah mereka melalui surat pos.

Almarhumah memegang pen di tangan-tangan kecil mereka menulis kalimat-kalimat tsabat dan dorongan kepada ayah yang sedang berada di belakang jaringan besi di penjara. Almarhumah menyanyikan untuk mereka " Nahnu nuhibbu baba, wa baba yuhibbuna " ( Kami sayangkan ayah, dan ayah sayangkan kami ). Almarhumah membeli permainan dan hadiah dengan duit yang tersimpan agar dia menghadiahkan kepada mereka yang masih kecil dengan mengatakan " Baba arsala ilaikum hazihi hadaya" ( Ayah kirim hadiah-hadiah ini untuk kamu ). Berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir ; mehnah = dugaan, takyid = sokong ). Beberapa orang dari saudara mara Ustaz Mursyid menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi Almarhumah enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya. Pernah apabila hari-hari raya menjelang tiba, Almarhumah tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian hari raya untuk anak-anak. Untuk menggembirakan mereka, beliau menurunkan beberapa kain langsir rumah untuk dibuat pakaian raya. Pernah juga beliau sampul kusyen kerusi dan sofa dijahitnya menjadi baju anak-anak. Almarhumah menanamkan kedalam jiwa anak-anak perasaan theqah kepada Allah, meneguhkan hati mereka dengan rasa bangga terhadap tugas ayah dalam menyampaikan risalah Dakwah. Beliau menjadikan anak-anak merasakan bahawa ayah mereka adalah seorang mujahid, dipenjara kepada aqidahnya dan patut mereka berbangga dan menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan yang lain.

Apabila Ustaz Mursyid keluar dari penjara, Almarhumah menyambung perjalanannya bersama Mursyid, mencurahkan pengorbanan. Ustaz Mursyid yang sentiasa pergi ke marata tempat dalam dan luar Mesir berdakwah di jalan Allah. Waktu di rumah sangat sedikit, namun Almarhumah tetap redha dan tenang. Bahkan dihari-hari yang kebiasaannya ahli keluarga berkumpul seperti berbuka dibulan Ramadhan, beliau berkorban haknya untuk diberikan kepada anak-anak Dakwah lain yang mengundang si suami. Almarhumah berkongsi perasaan dan prihatin suami terhadap anak-anak Dakwah di mana sahaja mereka berada, dalam atau luar negeri, bertanyakan keadaan keluarga dan anak-anak mereka dan sering mendoakan untuk mereka. Almarhumah kuat berpuasa, qiamullail, berbudi luhur dan sentiasa berharap kebaikan kepada manusia - semua manusia. Sejak bertahun-tahun Almarhumah tidak ketinggalan bersama suaminya berqiamullail. Beliau memastikan bahagian akhir malam untuknya dan suaminya, bersama Allah, bermunajat dan berdoa kepadaNya agar dia menemuiNya dalam keadaan dia redha lagi diredhai olehNya. Semoga Allah mengampuninya, melimpahi rahmat keatasnya dan mengurniakan kesabaran keatas suami, anak-anak dan mereka yang mencintainya. Kita tidak mengatakan sesuatu melainkan yang diredhai oleh Allah : Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun ( Kita dari Allah, dan kepadaNya kita akan kembali ). [Dari Lembah Nile

.................................................................................

Wahai mujahid mujahidah ISLAM...Ambillah pengajaran dari kisah ini...biarlah kita menjadi mata rantai yang meneruskan perjuangan ini...yang patah tumbuh yang hilang berganti...itulah kita !!!

Sunday, October 18, 2009

Niqab ~ Ape pendirian kita...

Walaupun dah ramai yang mengulas isu ini, tapi rasanya agak perlu utk ana sekali lagi copy and paste artikel ini utk bacaan sahabat2 di Malaysia yang dah byk menyoal tentang isu ini..terutama apabila ulama' di persoalankan...jadi buat sahabat2 ana baca dulu sebelum menghukum yer..

...................................................................................

*salinan dari laman blog Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir

Saturday, October 10, 2009

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :

Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir

..................................................................................

Baru-baru ini,PMRAM telah mengadakan sesi soal jawab berkaitan isu ini dan isu 'Majlis Kutub Sittah yang Cuba Digagalkan'...bagi menjawab segala persoalan berkaitan..

...................................................................................

*dipetik dari blog ustaz Hairul Nizam Mat Husain

Berikut adalah pendirian MANHAL PMRAM berhubung dengan isu niqab yang membabitkan al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Muhammad Sayyid Muhammad Tantawi.

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi: Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki: Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e: Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

a) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

b) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

c) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

d) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

e) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

..................................................................................

Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لا يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

Wednesday, October 14, 2009

Apa Nak Jadi Sekarang ni..

Dua hari lepas,ana agak terkejut bila dengar dari teman sebilik yang baru sahaja membuka offline message nya,bahawa Majlis Pembacaan kutub sittah yang dianjurkan oleh PMRAM cuba digagal oleh pihak tertentu...kenapa?? katanya atas sebab-sebab tertentu...tapi kalau diketahui sebab yang diberikan itu agak tak relevan dek akal...

Kenapa soal parti harus ditimbuikan dalam hal ini, sedangkan majlis ini hanyalah satu majlis iimu yang cuba dihidupkan kembali atas dasar untuk memastikan ilmu-ilmu Allah ini akan terus menyusuri hati-hati umat akhir zaman ini, khususnya kita musafir ilmu di bumi anbiya' ini...

cuba kita tinjau objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :

1. Membina dan membentuk mahasiswa yang berjiwa Ulama
2. Memelihara Sunnah Rasulullah daripada penyelewengan
3. Memupuk semangat dan suasana ilmu di kalangan ahli.
4. Menerap semangat cintakan hadith dan ilmu.
5. Melahirkan mahasiswa yang cintakan persatuan dan sanggup mencurah bakti.

bukan nya untuk melahirkan para pembangkang yang profesional !!! jadi apakah relevannya tindakan mereka ini?? hanya mereka yang tahu...

Kalau kita sebagai mahasiswa dari Malaysia yang dihantar khusus ke mesir untuk mendalami ilmu-ilmu Allah ini agar satu masa kita akan kembali ke tanah air mencurahkan kembali kepada ummah Malaysia yang mana ketika ini diambang kehancuran akhlak dan moral...jadi apa guna kita dihantar ke sini,kalau kita nak anjurkan majlis-majlis ilmu pun dihalang...nak masuk majlis ilmu perlu pilih-pilih penganjur nya..kalau macam tu,ilmu apa yang kita bakal pikul bawa balik nanti...ilmu keusahawanan??cara nak berniaga??ilmu yang menghalalkan pencampuran yang tak syarie'??

Apa nak jadi la dunia sekarang ni...majlis ilmu dihalang-halang...tp majlis nyanyian dijulang-julang...

Fikir-fikir lah sahabat sahabiah sekalian apa yang kita nak dalam hidup ni??..apa matlamat kita datang mesir ni??...apa tanggungjawab kita kat Malaysia nanti ??

sama-samalah kita doakan semoga majlis ini berjaya dijalankan n diberkatinya...amin

untuk maklumat langjut sila layari..http://kutubsittah-pmram.blogspot.com atau http://pmram.org

Monday, August 31, 2009

BUZZ!! YM D’ “AMBANG MERDEKA”


Denyutan jantungku bagai terhenti seketika takkala membaca baris demi baris ayat yang terukir di atas skrin talefon tangan Sony Ericson milik sahabat . Tak terdaya merunggap kata, ngilunya hati bagai dihiris nasihat sahabat sejati ‘bilik143’ tika di ‘Bumi Tarbiyah’ APIUM dulu..Hati menangis dalam istighfar, terasa kerdilnya diri dihadapan PENCIPTA AGUNG… ( ym nasihat menuju syurga ) ..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

UmmuZahra : Salam
Lewat buka hari ni
Baru habis mesyuarat ke

Sahabat : Wslm, salam Ramadhan. Bru hbs prog jam 12 td. Chat?

UmmuZahra : Alhamdulillah shat..Ramadhan Kareem
Prog ape kak

Sahabat : Forum ambang merdeka. Panel Us.S ( YDP APIUM ) & us dari luar.

UmmuZahra : Waw hebat
Best x Us.S cakap ( classmate APIUM )
Macam xpercaya je dgn sahabat ana tu
Dulu gila2 xhbs

Sahabat : Hebat jgk. Msg2 ada keizzahan t’sndr, kita merancang tp hebat lg
rancangan ALLAH.

UmmuZahra : Betul tu

Sahabat : Skrg tgh wat pe? Seronok berpuasa d sane?

UmmuZahra : Alhamdulillah srnk jgk, tp skrg sdkt t’bts sb tgh imtihan

Sahabat : Skdr kongsi ilmu. Gagasan yg Us.S sampaikan td, kita skrg mst ade MP3.

UmmuZahra : untk apa

Sahabat : Iaitu hebat dlm MULTIMEDIA. 3P tu hebat dlm PIDATO/PUBLIC
SPEAKING, PEKA ISU & PENULISAN. Formula utk jd m/siswa
hebat & pendakwah yg profesional,asalkan ikut syariat Islam .

UmmuZahra : stu gagasan yg menarik

Sahabat : Betul. Hrpnya akak & kita semua dpt jdkannya panduan. Musuh
Allah skrg mudah utk memusnahkan umat islam krn kelesuan yg ade
pd pmuda/pmudi. Sama2 kita bangkit, hidup mati & nyawa kita
smemgnya utk ISLAM deq .

UmmuZahra : Akak, ana sedih dgr kata2 tu
Ana dah xsekuat dlu
Cb bgn sndr..K.SH (juga roommate 143) la selalu kuatkan ana.

Sahabat : La Tahzan. Hati2 yg tsentuh itulah yg akan hdup utk truskan pjuangan
kita, bla mana ada kslpn jgn malu kembali membetulkannya. Allah
Maha PENGAMPUN. Kita mohon keampunan drNYA, kita serahk’
diri utkNYA .

UmmuZahra : Syukran kak, kdg2 dgr org nasihat naik semangat

Sahabat : P’kongsian sdkt ilmu td, sekarang kehidupan kita jauh dr
ayah,mak,siapa lg kita hrpkan utk tarbiyah kita?guru? mgkn tp kita tak
selalu berjumpa dgn mrk. Sahabat2? Mgkn tp ada kalanya mrk jua ada
masa futur. Keluarga? Mgkn tp mrk jauh di sna,sukar utk kita kongsi
bersama .

Sahabat : 1 je yg akak dpt pesan, peringtan utk akak & adeq, knp dahulunya para
shbt kuat dlm peperangan?bkn krn sbb puasa smata2 tp ibadah mrk
t’lalu dijaga. Hal utama perlu dijaga HUBUNGAN DENGAN
PENCIPTA. TAHAJUD plg byk kkuatan pdnya. DHUHA ada nikmat
rezeki melimpah pdnya .

UmmuZahra : Ana xsempat bergiat sgt skrg sb sdkt sbk belajar ( kononnya la..poyo)
Skrg cuba tambah ilmu, tarbiah diri skit2 .

Sahabat : Kita insan kerdil, hina tp Allah mningkatkan darjat kita tinggi
disisinya..”Manusia sebaik-baik kejadian”. Deq, sama2 kita
fikirkan,apa kehendak Allah di sebaliknya? Sdh tlaksanakah tnggjwb
kita m’jd HAMBA & KHALIFAH . Pasakkan dlm diri,mgkn kita tdk
sesekali mjadi hamba kpd hamba(manusia) tp kita xdpt lari m’jd
hamba kpd yg ESA.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
( Hati Ditusuk dalam, sapa diri aku selama ni ?!!~ terluka tanpa berdarah )
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabat : Utk persoalan 2, 1 kuncinya w/p xb’giat sgt, JAGA HUBUNGAN
DENGAN ALLAH. Tarbiah dlmn mst kuat bru yg luarnya.rujuk
kembali gagasan Us.S bg td, ada t’selit jwpn di sna. Fikirkan ye.
Doakan akak jgk.ssghnya org yg b’kata lbh kuat lg ujian yg ALLAH
timpakan.

UmmuZahra: Ana sedih, dok di Bumi Anbiya’, dok dkt Azhar tp ana rasa makin
jauh dgn hakikat kehidupan, jauh dr Tuhan ( Astaghfirullahal’azim )..
Hati ana lbh bahagia tika di Maahad n APIUM dulu…ana doakan akak
n shbt2 smua d thabatkan hati, skrg ana dok dlm saat2 plg payah dlm
hidup..ujian menimpa2, doakan ana n K.SH kuat .

UmmuZahra: Sekarang tunggu kptsn dr ALLAH .

Sahabat : Kdg2 org yg Allah cmpkkan di tmpt m’cbr,hidup dgn lbh m’cbr lg..di
situlah JALANNYA. Kdg2 kita sm2 lupa, t’pndg dgn mata tp bkn dgn
MATA HATI. Jgn pernah merasa puas m’cri jln benar ILAHI. Sma2
kita truskan p’carian. Kita kena berani, sabar ,jgn jdkan muslimah kita
lemah,lesu. Mcm mn nnt syabab nak truskan p’juangan klu tiada
kkuatan dr kita?...

UmmuZahra: Kak knp akak blh seteguh ni? Ana dah makin hanyut kak. Ana makin
jauh dr kebenaran, ana makin lupa pd hak Allah, amanahNYA pd
ana..ana takut ana terus sesat kak .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya ALLAH temani hambaMu ini, hambaMu sangat takut sendirian begini..Lenakan diri ini dengan buaian kasihMu…Jangan Kau biarkan hambaMu menagih kasih ternoda tanpa kepastian..Biarlah hidupku, matiku hanya keranaMu semata.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabat : Akak insan lemah jgk. Tp TARBIAH itulah kuncinya,bljr utk kwl
keadaan bkn kita yang di kawal. Kdg2 kt perlu paksa diri, syadid pd
diri klu kita benar2 inginkan kemuliaan bersinar pd diri, akak xnafik’
t’lalu byk ujian yg dtg menimpa-nimpa tp bla difikir ttg janji Allah utk
menguji iman kita, InsyaAllah di situlah kta nak kuatkan lg darjat iman
itu bla mna kita berjya hdapi smuanya.

Sahabat : Pernah terlintas di hati akak, takut sesat di hujung jln…kuncinya DOA
pada ALLAH utk thabatkan kita dlm jln juangNYA & kembalikan kita
dgn sgera lau tersasar .

UmmuZahra: Syukran awie2 ats nsihat tu, InsyaALLAH akan ana abadikan nasihat
akak. Ana rindu nak tgk akak, nnt klu b’kesemptn hntr gmbr akak,
nik(juga roommate 143) n kwn2 di email ana ye .

Sahabat : K.. Deq dah lwat dah ni. InsyaALLAH ada masa lg kita b’temu hati
lgi. Sampaikan salam kat K.SH..yg pntgnya KETERIKATAN HATI
KITA. Salam sayang, salam juang. HIDUP MATI kita hny krn
ALLAH. Kita MILIK ALLAH sepenuhnya . :-)

UmmuZahra: Amin. Selamat b’sahur, teruskan perjuangan kak. Salam .

20 : 23 : 55 ( 28 Ogos 2009 ~ Jumaat )
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
D’Ambang Merdeka yg penuh bermakna dalam hidup, membawa kepada berfikir panjang dan merenung silap diri..Muhasabah hari, mengejar Ilahi..
Alhamdulillah beruntunglah bila di anugerah Allah seorang sahabat yang sentiasa memperingatkan sahabatnya dengan Tarbiyah PENCIPTA. ‘Tak penting dapat sahabat yang sempurna, yang penting kita punya sahabat yang membuatkan kita rasa sempurna’. ( Astghfirullahal’azim…)

JANGAN SALAH GUNA YM !!!

Friday, August 28, 2009

Sendiri Di Perantauan...


Ramadhan kali pertama di perantauan merudung seribu satu kesakitan, saat mata dibuka tika dini hari,ku kira kegembiraan menerpa tapi kesepian rupanya walau ditengah sahabat-sahabat seperjuangan..tika menanti waktu ifthar hari pertama,teringat 'sup ayam' ma...cuba buat tapi rasanya tetap tak sama sebab ni sup ayam mesir...

Tapi Alhamdulillah malam-malam ramadhan yang punya 'Roh'nya tersendiri...terasa lebih dekat,terasa lebih kenal...tapi masih buntu saat imtihan di pintu ramadhan..dua mujahadah serentak disulami ujianNYA bertimpa-timpa...Tabah menghadapi kerana inilah pilihan diri,petunjuk Ilahi...Nampaknya 'mentari mungkin bakal bersinar di sebalik awan kelam',InsyaAllah .

Sepuluh bulan meniti hari di Bumi Anbiya' ini punya seribu satu pengalaman manis dikecapi, kelas pengajian di mana-mana, ukhuwwah fillah kerana Pencipta Agung, mehnah hidup yang mematangkan dan mendewasakan diri...

Teringat ketika mendapat tawaran terima belajar ke sini,kegembiraan yang tak terucap..impian masa kecil akhirnya menjadi kenyataan..sedih hati meninggalkan bumi pertarbiyahan di'Bumi Tadahan Wahyu'..'Bumi Serambi Mekah'...Terkilan sebelum menaiki pesawat penerbangan,tak sempat berbual dan menatap lama wajah ma disebabkan masalah barang terlebih timbangan...saat 'Guarf Air' mula membelahi awan, baru tersedar bahawa diriku akan meninggalkan Tanah Air dan Orang tersayang untuk tempoh masa yang sangat lama...berapa lama,setahun? 2 tahun? atau untuk 5tahun? tak dapat menatap wajah insan-insan tersayang..saat tu hanya kalungan doa dan linangan air mata yang mampu mengiringi pemergiaan sendiri ke bumi orang.

Prestasi pengajianku yang kurang elok sebelum ini menyebabkan banyak ketinggalan ke belakang berbanding sahabat-sahabat, jadi mujahadahnya mesti lebih..disebabkan kekangan kewangan keluarga,terpaksa bertahan dalam kesederhanaan,itu tidak menjadi masalah bagi ku..sunah orang belajar mesti merasa susah..Tapi pengkhabaran dari tanah air tentang kesihatan ayah menyebabkan diri mula rapuh,terfikir: "Andai takdir Allah mengatasi kepulangan ku,redhakah diriku?kuatkah diri? Ayah bagaikan sebelah tulang rusukku..".tak pasti bila dapat balik Malaysia..

Menghadapi kerenah orang arab bukan satu yang mudah, diorang suka pandang rendah pada kita tapi yang paling menyakitkan tangan gatal yang tak tahu beradab,lagi-lagi tika musim panas..menyakitkan hati,ambil kesempatan disebalik kelembutan malizi,disebalik kesesakan dalam bas..rasa nak kerat-kerat potong 14 macam ayam.

Musim panas waktu yang sangat memeritkan..kadar kesihatanku turun merundung,penyakitku dari Malaysia mengganggu pergerakan dan pengajian ku..diri tak sekuat sahabat-sahabat..Keputusan imtihan yang menyakitkan!!Rebah sendiri tanpa kaki..sms dari sahabat menguatkan hati:"Salam,maaf sangat,kak x dapat temankan.Allah je yg tau apa yg t'baik. yg pasti,smuanya ok.yg penting,kta jgn putus2 mintak rahmat dan rezki drNYA. kak xnak ganggu enti,amik masa tenangkan dri,muhasabah dri n mngadu pd Allah.Kejayaan bukan 100% pd result,tp pd usaha,redho,azam utk dpt yg lbh baik n doa.kak sedih tengok enti cam ni.senyum la ckit :-D"..Terima kasih kak ana kuat dengar kata-kataku..semalam akak ulang lagi kata-kata tu tika ana mengadu lemah..Yakin ana pada usaha bertambah.

Sekarang Fatrah muhasabah terakhir untuk tentu masa depan,kemana hala tuju hidup ku..terus disini atau kemana ???..tunggu la keputusannya nanti..kata teman :" tinggikan tawakal kepada Allah, selitkan doa dan pengaduan dalam sujud istiqarah ,penuhi doa dalam malam-malam qiam ustazah"..Mesti Redha...

Hari-hari dalam hidup ku diperantauan banyak sendirian..walau berteman..Aku tersenyum keriangan tak bermakna aku tersenyum dihati...

Sunday, August 23, 2009

Ujian Itu Lebih Berat ...Terkesima !!!

Di saat aku dilema imtihan untuk menebus kegagalan kali pertama...entry blog kak long, menyentak jantung !!!
..............................................

Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya sepanjang permusafiran menuntut ilmu. Banyak sungguh suka duka dan ujian sepanjang saya di bumi Kinanah ini. Kadang-kadang macam tak percaya bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak.

Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir. Semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu hampir padam sebaik sahaja saya tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas ditambah dengan suasana berdebu dan berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir (sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang berjiwa zapin ini.

Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah masa perkelanaan saya ke bumi Tanta. Paksa diri ke kuliah, membaca buku sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah, berulang-alik ke Markaz Bait Izzah (Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah, menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang sampai ke subuh adalah antara kehidupan saya di sana. Wah. Manisnya kenangan..
Ya. Empat tahun di Tanta, saya boleh merasa puas hati dengan sikap saya. Syukur pada Allah yang memberikan kekuatan fizikal dan mental pada saya.
.
2000 - berjaya mendapat Jayyid
2001 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2002 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2003 - tamat B.A dan berjaya mendapat Jayyid Jiddan

Selesai mendapat B.A dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, saya terus menyambung ke Kaherah. Ya. Cita-cita untuk menggondol M.A dan PhD al-Azhar al-Syarif yang saya semat semenjak saya di tahun dua di Tanta mesti saya teruskan. Walaupun kawan-kawan seusrah saya di Tanta dahulu seorang demi seorang meninggalkan bekas kaki mereka di Mesir lalu meninggalkan bumi ilmu ini seusai tamat B.A, saya pasrah dan cekal untuk menghirup kepahitan sistem pembelajaran M.A Universiti al-Azhar bersama beberapa orang teman yang lain

Master Al-Azhar. Bunyi yang cukup menggerunkan. Umpama satu hilaian hantu langsuir yang menyeramkan atma sang pelajar. Mananya tidak, satu paper kita gagal, semua paper akan turut gagal.

Lantaklah. Susah ker, senang ker, saya mesti cuba.

M.A al-Azhar, markah lulus (Maqbul) adalah 60-69. Jayyid 70-79. Jayyid Jiddan 80-89. Imtiyas 90-100.

2004 - Tahun Satu M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh

Saya berjaya di Daur Thani untuk naik ke tahun dua dengan keputusan Maqbul. Sedih juga dapat Maqbul. Kita inginkan keputusan yang cemerlang bukannya yang cukup-cukup makan.

2005 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh

Tahun ini tahun kepedihan. Setelah saya cuba berhempas pulas dalam peperiksaan, saya akhirnya GAGAL. Inilah kegagalan pertama saya sepanjang hidup saya di dunia akademik.

2006 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh (Mengulang)

Saya menduduki peperiksaan di Daur Awal. Keputusannya adalah mengecewakan. Gagal. Susahnyanak lulus. Aduh. Tinggal satu lagi peluang di M.A al-Azhar. Saya mesti lulus pada Daur Thani. Kalau tidak. Saya akan gagal terus dalam M.A (Mafsul).


Daur Thani: setelah usaha, akhirnya keputusan yang menyentak jiwa saya. ANDA GAGAL. ANDA SUDAH TAMAT DALAM PERCUBAAN MERAIH M.A UNIVERSITI AL-AZHAR. ANDA MAFSUL.

Tuhan. Besarnya ujian. Tak pernah dalam hidup saya, saya merasai kegagalan seteruk ini. Habislah usaha saya semenjak 2004 lagi. Keluarga mula memberikan pandangan. "Pulanglah. Sambung M.A di Malaysia".

Ada juga terdengar sindiran orang-orang itu. "Itulah. Terlibat sangat dengan persatuan. Akhirnya gagal".

Tidak. Saya bukannya orang yang mudah menyerah kalah. Memperjuangkan nilai ilmu agar saya boleh mengisi keperluan Parti Islam SeMalaysia dalam mengisi kerajaan Islam akan datang dengan neraca Syarak mesti terus dipertahankan. Mana boleh menyerah kalah. Siapa akan jadi tenaga pakar dalam bidang Syarak yang sangat diperlukan oleh kerajaan yang mahu bertunjangkan Syarak?

Tak boleh. Saya mesti terus. Tak boleh putus asa. MESTI CUBA LAGI AMBIL M.A AL-AZHAR SAMPAI BERJAYA. MESTI.

2007 - Tahun Kosong

Saya mengambil keputusan untuk mengambil semula M.A al-Azhar yang semestinya terpaksa mula dari tahun satu M.A. Oleh kerana saya telahpun gagal sehingga mafsul sebelum ini, saya tidak dibenarkan untuk terus mengambil tahun satu al-Azhar melainkan setelah berlalu tempoh setahun. Wah. Ujian lagi. 2007 adalah tahun saya tidak berstatus pelajar universiti. Kosong. Setahun saya tak ada Iqamah (visa).

2008 - Saya pelajar Tahun Satu

Mengulang kembali M.A al-Azhar dalam pengkhususan Usul Fiqh. Saya kembali menjadi pelajar tahun satu M.A al-Azhar. Daur Awal saya gagal lagi. Ya Rabb. Peritnya ujian.

Daur Thani akhirnya memberikan senyuman kepada saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid Jiddan. Alhamdulillah. Asykuruka Ya Rabb. Hihi. Terpaksa tinggalkan kenduri kahwin peringkat saya apabila terpaksa bergegas pulang ke Mesir untuk mengambil ujian Syafawi. Kesian pada isteri. Jadi pengantin seorang diri.

2009 - Tahun Air Mata Kegembiraan

Tahun Dua M.A Al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh. Nekad. Saya mahu berjaya. Saya tidak mahu jadi seperti mana tahun 2006 dulu. Pulun sungguh.

Akhirnya Allah terima rintihan saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid. Sedih juga sebab tak dapat Jayyid Jiddan. Apapun, syukur pada Allah.Akhirnya saya sudah masuk ke dunia penulisan. Dunia Tesis M.A. Selamat tinggal peperiksaan selama-lamanya.

Kalau dah selesai munaqasyah tesis nanti, saya akan terus sambung PhD pula di al-Azhar al-Syarif.

Wah.. lamanya perjalanan.

....................................

Hari ini saya berani untuk bentak hati orang-orang yang diuji dengan kegagalan. Kita tak boleh putus asa. Sepatutnya sayalah orang yang mesti putus asa. Saya sudah gagal sampai Mafsul.

Tapi kecewa dan putus asa bukan kamus kita. Teruskan cita-cita kalian untuk menggali ilmu. Kita mesti menjadi ulama itu. Ulama yang pakar dalam bidang ilmu.

Memerintah cara UMNO cukup senang. Tak perlu merujuk pandangan Syarak, tak perlu membelek ijtihad ulama silam. Senang sebab mereka memerintah dengan meletakkan akal dangkal mereka sebagai pemutus dasar.

PAS pula ingin memerintah dengan dasaran Syarak. Maknanya sebelum memutuskan sebarang keputusan, Syarak perlu ditanya dulu. Hakikatnya Allah dan Rasullah yang akan memutuskan dasar kerajaan yang diidam-idamkan oleh PAS.Hari ini mungkin anda boleh berceramah. Goreng sana goreng sini. Hari ini mungkin anda boleh berdemonstrasi. Anda juga boleh menampal poster dan membawa usrah.

Tapi bila daulah itu sudah menjadi realiti, adakah anda seorang ulama pakar yang sampai ke tahad IJTIHAD? Adakah anda ketika itu seorang yang faqih dalam bidang fiqh Islami sehingga anda mampu menjelmakan ijtihad ulama silam dan semasa dalam rupa baru bagi sebuah negara Islam di Malaysia?

Atau anda ketika itu masih tetap ingin goreng sana dan goreng sini dalam masalah hukum?

Saya tidak mengharap orang lain. Saya mesti jadi pengisi itu.

Anda lemah semangat? Tak mahu serius dalam menuntut ilmu? Masih lagi tega untuk tidur di bilik anda lalu anda tinggalkan mutiara ilmu yang keluar dari mulut mulia para ulama di Ruaq Atrak, Ruaq Magharibah, Zollah Fatimiyyah dan lokasi-lokasi ilmu yang lain? Masih lagi punya jiwa pemalas? Masih berseronok dengan hiburan anda sehingga Masjid al-Azhar akan anda lawati setahun lagi?

Maaf. Saya meluat dengan anda. Anda tidak akan menjadi pengisi kemenangan itu. Anda memang mengecewakan.
............................................

Macam-macam dah berputar dalam otakku..Berhenti belajar..Balik Malaysia!!? tak sanggup menderita begini..Alhamdulillah Allah buka pintu kesedaran bagi hambanya...teruskan perjuangan wahai srikandi azhar!!!..

Friday, August 14, 2009

Senyum Pada Ujian Dan Masalah


Kala ini sinar kemerahan mula menyinar di kaki langit seawal pagi sebagai petanda sang suria bakal muncul menerangai sekalian alam. Alhamdulillah kita masih dihidupkan pada pagi yang penuh barakah ini setelah sedetik lalu kita dimatikan seketika. Nyaman benar suasana di pagi hari di perlembahan Sungai Nil,bayu yang lembut menyapa wajah mampu mendinginkan sang tubuh. Sesekali desiran kenderaan di jalanan menghiasi pendengaran .

Subhanallah..terpana sendiri dikala mata terpandang ciptaanNYA,sungguh indahnya alam Tuhan.Pernahkah kita berhenti sejenak untuk merenungi ciptaanNYA,tentunya ada seribu rahsia disebalik setiap ciptaan itu. Bersyukurkah kita dengan semua ini?? Ahh..kufur kah kita dengan nikmatNYA selama ini!!TERPANA..Banyak benar DIA bukakan pintu-pintu kenikmatan kepada kita tapi banyak jua yang telah kita sia-siakan berlalu pergi..Hampir kekadang kita hanyut mengikut arus zaman...Astaghfirullahalazim.

Tika ini kita masih bisa mengadu akan kesulitan,merungut akan kepayahan, menangis akan kesusahan bila ia menjadi wadah kehidupan, sedangkan kita belum bermujahadah merebut 1000 peluang, memohon 1000 kekuatan, demi membina 1000 keazaman dan demi menggapai 1000 impian...Kita selalu menyerah sebelum berjuang.Setakat manakah pergantungan kita dengan Tuhan?? Koreksi diri mengejar realiti!!

Sedarkah diri kita selama ini,disebalik segala kepayahan yang didatangkan kepada kita kini adalah satu ujian kepada hambaNYA yang dikasihi. Sedarlah!! segala ujian itu satu tingkat untuk meninggikan darjat seorang hamba disisi pencipta NYA..tp ketahuilah untuk menghadapinya kita perlukan seribu satu kesabaran..Renungi lah kalam Allah :"Adakahkah kamu kira kamu telah beriman sedangkan kamu tidak diuji?". Disinilah ukurannya,sejauh mana kesanggupan kita mengharungi ranjau berduri dunia.

Wahai insan yang diuji!! sesungguhnya janji Allah itu benar dan pasti "Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesaanggupannya".Jadi belajarlah untuk senyum pada setiap ujian dan masalah.Percayalah!! diri mu mampu menghadapinya..

Perbanyakkan lah zikirmu kepadaNYA "Dengan berzikir,hati-hati akan menjadi tenang". Fikirkah kita? ujian bertandang tanpa salam kerana Sesungguhnya Allah rindukan pengaduan seorang hambaNYA,menangis meminta pertolongan daripadaNYA, mengangkat tangan memohon petunjukNYA dan sedia memenuhi malam-malam dengan menyembah penciptaNYA dikala bani insan lena dibuai mimpi sendiri..Ingatlah orang yang dekat pada Allah adalah orang yang sedikit tidurnya pada malam hari..Muhasabah diri wahai Insan yang diuji!!Bangkitlah!!Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah".

Renung, renungkanlah siapa dirimu, apa yang kamu mahu, bagaimana susun langkahmu, bila waktu tindakanmu...Dimana harus kamu bermula!!

Saturday, August 8, 2009

Tak Kenal Maka Tak Cinta ...

Susah benar rasanya mencuri masa sendiri, nak kata sibuk tak de la sesibuk pejuang ISLAM yang tak pernah berhenti berfikir,merancang strategi untuk memperjuangan yang hak dan mencegah kebatilan . Alhamdulillah hari ni dilapangkan masa untuk mencoret secebis kenangan untuk dikongsi bersama .

Nampaknya sahabat-sahabat semuanya masih dilena diulik mimpi seusai solat subuh, biasa lah musim panas yang memenatkan..malam yang pendek dan siang yang panjang. Jadi masing-masing mencuri masa sendiri untuk berehat, bertalaqi dan melakukan aktiviti harian .

Masuk pada yang nak dikisahkan pada topik kali ini ialah berkenaan tentang CINTA!!

Kalau sebut pasal cinta tentu ramai yang dah tak senang duduk nak habiskan pembacaan ni,satu topik yang sangat hangat kini dan diminati ramai terutama di kalangan remaja..cinta monyet! ,cinta romeo and juliet! Cinta uda dan dara!
Tapi pernahkah kita dengar cinta antara kawan, teman, dan sahabat ?? Mungkin ada dikalangan kita yang susah nak percaya kot dengan hubungan cinta antara sahabat sejenis,seagama,sebangsa dan yang paling penting sematlamat...Mardhatillah .

Ingat lagi kali pertama kaki melangkah di ‘Bait Thalabah’ Malaysia dulu, tanpa kenal siapa diri ku, asal usul ku.. tapi tangan dihulur dan bibir menyapa. Siapakah insan itu?? Ana dan sahabat-sahabat satu penerbangan di ajak ke bilik sahabat memandangkan kami belum mendapat bilik masing-masing lagi . Di situlah Ukhuwwah fillah kami bermula . Makan sedulang, tidur sebantal dan basuh baju pun semesin.

Masa tu tak kenal lagi sapa lagi sahabat-sahabat sekuliah yang lain, yang datang bertandang seorang demi seorang ke bilik tapi tak kenal siapa hamba Allah itu. Ada di buat usrah tak pergi,biasa la seminggu di sini mata malaysia lagi..orang berjaga kita tidur orang tidur kita nak jaga pula.

Awal November kuliah membuka tirai pengenalan, beramai-ramai berderet ke kuliah. Sekali naik bas penyek lebih dari sardin dalam tin. Tapi kenangan tu pengikat jiwa kami..Pendorong Mujahadah kami !!

Sebulan pertama mengenal kuliah arab,tenat juga rasanya,bagai nyawa-nyawa ikan mencari salur pernafasan. Tapi masa tu tetap berlalu,sebulan..2bulan..3bulan..dan sekarang usia pengajian dah menjangkau 9bulan. Tahun pengajian baru hampir bermula .

Sepanjang tinggal sebumbung di ‘Bait Thalabah’ ana lebih suka bersama sahabat-sahabat sepenerbangan,bukan kerana As-sobiah tapi mungkin kerana status penajaan yang membezakan kami dan tahap pembelajaran kami yang agak berbeza, memang diakui mereka lebih mantap.

Saat tu banyak benda yang ana tak suka tentang orang ni, tentang orang tu...serba tak kena rasa. Terutama kepada si dia, siapa?? Biar lah rahsia..bukan kerana dia tak baik atau tak ramah. Tapi mungkin kerana cara di bercakap, rasa hanya pada Rithorik semata-mata atau boleh dikatakan poyo kot..tapi atau ana yang cemburu.. cemburu?? Kenapa??

Satu masa ana thiqoh pada k.long,takut nak cakap dengan dia sebab tersangat skema dan punya keperibadian tersendiri..tapi lama-lama kenal lawyer buruk juga rupanya..seronok jadi sahabatnya..orang lama la katakan.

Namun begitu setelah teratak musafir ilmu dinaiki..aduh sunyinya rasa..Tiada sahabat-sahabat di sisi. Tiada tempat mengadu,bercerita dan bergelak ketawa lagi.. Mungkin tulah namanya RINDU...

Kini tiada lagi deretan penunggu setia bas 700..3ج..179...yang tinggal hanya 5+1 srikandi azhar .

Walau bumbung kediaman tak membenarkan kami berteduh bersama,namun lantai kuliah tetap menyaksikan bertemunya kami..demi menuntut limu makrifah NYA... Kehadiran ku di teratak mewah itu tak pernah dipandang sunyi ...sekali..2kali..3kali.. dan akhirnya berkali-kali .

( Wanginya bau datang dari dapur..Apa lah si dia masak hari ni..laparnya perut!! )


Tapi benar setelah peristiwa dalam kelas hari tu ana dah mula jatuh sayang pada dirinya.. Aduh parahnya rasa cinta. Ilmu Allah penyebab cinta ku..Seronok berborak dengannya, Munaqosyah bersama dan makan bersama..makin kerap ia berlalu..
kadang-kadang ada je something daripadanya. Oh kegemaran ku..mengasyikkan.(tapi bukan tu yang ana harapkan daripadanya)

Kalau dulu ana sangat segan pada ‘mama tu’et ’ ana tu..budak hebat kuliah, sampai sekarang masih belum ada yang dapat lawan kedudukannya. Tapi lama-lama ana makin selesa dengannya. Sampaikan kami bagi gelaran pada diri masing-masing. Tu la namanya..nama ku apa yer???

Alhamdulillah sekarang ana rasa gembira sangat dikurniakan sahabat-sahabat seperti kalian..

Kini ana mengakui bahawa ana insan yang sangat kerdil, yang salah menilai diri sahabat-sahabat ana hanya dengan mata kasar dan sekali imbas. Sepatutnya mata hati ku yang perlu menilai keperibadian kalian semua..Maaf sahabat-sahabat sebab ana berburuk sangka terutama kepada si dia..Asif .

Syukran sahabat-sahabat sebab sudi terima baik buruk ana...Ana sayang antunna semua..moga-moga Ukhuwwah Fillah Abadan Abada.

Abadikan lah lagu usrah semalam yer...

Satu Perjuangan..

Tuesday, August 4, 2009

ISRAK DAN MIKRAJ

"

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Isra’: 1)
Rasanya sudah terlambat untuk saya merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan sempena bulan Rejab yang mulia , iaitu kisah Isra’ dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. Secara hakiki sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul NYA. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan daripada Tuhan untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat kepada hambaNYA. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril as kepada Nabi Muhammad saw, akan tetapi disebabkan tingginya darjat ibadah solat itu, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad saw setelah mengalami kesedihan berikutan kematian penyokong kuat baginda iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib pada tahun yang sama,iaitu pada tahun digelar sebagai “ ‘amul hazin ” .
Peristiwa Isra’ dan mikraj ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan aqidah Islamiah, mesti mempercayainya dan memandang ia sebagai satu kebenaran kerana merupakan salah satu mukjizat Allah kepada Rasul NYA dan juga termaktub di dalam Al-Quran sebagai dalil yang nyata dan tidak mampu disanggah lagi, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Isra’ dan Mikraj menguji keimanan kita sebagai umat islam. Menilai kembali sejauh manakah keyakinan kita pada kekuasaan dan kehendak Allah SWT, kerana segala yang berlaku ketika peristiwa ini bukanlah kehendak Rasulullah saw,akan tetapi ia merupakan iradah Allah SWT. Mereka yang mempercayainya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenarannya termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya dan boleh membawa kepada kafir.
Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar sedangkan ketika itu umat manusia masih dalam keraguan terhadap peristiwa tersebut. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis dan ada juga dikalangan orang yang mengatakan, bahwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw dengan ruh itu berpegang kepada keterangan Ummu Hani' ini, dan juga kepada yang pernah dikatakan oleh Aisyah r.a : "Jasad Rasulullah s.a.w. tidak hilang, tetapi Allah menjadikan isra' itu dengan ruhnya." Juga Mu'awiya b. Abi Sufyan ketika ditanya tentang isra' Rasul menyatakan: Itu adalah mimpi yang benar dari Tuhan. Di samping semua itu orang berpegang kepada firman Tuhan: "Tidak lain mimpi yang Kami perlihatkan kepadamu adalah sebagai ujian bagi manusia." (Surah Isra’, 17:60)
Sebaliknya orang yang berpendapat, bahwa isra' dari Mekah ke Bait'l-Maqdis itu dengan jasad, landasannya ialah apa yang pernah dikatakan oleh Nai Muhammad saw, bahawa dalam isra' itu ia berada di pedalaman, seperti yang akan disebutkan ceritanya nanti. Sedang mi'raj ke langit adalah dengan ruh. Di samping mereka itu ada lagi pendapat bahwa isra' dan mi'raj itu keduanya dengan jasad. Polemik sekitar berbeza pendapat yang sangat banyak di kalangan ahli-ahli ilmu kalam dan ribuan hasil penulisan .
Dalam kesempatan ini saya cuba mengkaji dan menulis kembali rentetan peristiwa tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar, walaupun pada hakikatnya ia sedikit berat kerana dikhuatiri punya percanggahan pendapat yang ketara pada hasil penulisan ini. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) mengikut sepakat ramai yang menyatakan ia berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), dan ada pula yang menyatakan pada masa Isra' dan Mi'raj terjadi, Nabi Muhammad saw sedang berada di rumah saudara sepupunya, Hindun puteri Abu Talib yang mendapat nama panggilan Ummu Hani' setelah menyelesaikan daripada urusan manusia dan solat isyak terakhir dan kemudian masing-masing masuk tidur. Ketika itu tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad saw akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu dan mendengar kalam Allah SWT. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia.Dan Rasulullah saw dapat mengetahui terlebih dahulu tentang masa hadapan iaitu tentang hijrah baginda dan peristiwa nabi terdahulu daripada baginda saw. )
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:

• Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang
________________________________________ Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
• Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.
________________________________________ Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
• Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.
________________________________________ Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
• Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah
________________________________________ Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
• Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan
________________________________________ Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
• Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.
________________________________________ Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
• Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
________________________________________ Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
• Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
________________________________________ Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
• Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.
________________________________________ Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
• Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti
________________________________________ Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
• Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti
________________________________________ Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
• Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti
________________________________________ Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
• Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu
________________________________________ Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
• Nabi tercium bau yang amat harum
________________________________________ Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
• Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang
________________________________________ Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
• Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.
________________________________________ Gambaran orang yang makan riba'
• Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
________________________________________ Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu. Rasulullah saw dianggap sebagai penghulu sekalian nabi dan rasul kerana telah mengimani solat tersebut .
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Baginda telah memilih gelas berisi susu, maka Jibril as berkata bawaha baginda telah memilih kebiasaan iaitu,minuman fitrah manusia…
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih melebihi escalator dan tidak mampu diungkap dengan kalam manusia, ia membawa Nabi ke langit. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.

Langit pertama Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga Berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Langit pertama terbuat dari perak murni dengan bintang-bintang yang digantungkan dengan rantai-rantai emas. Tiap langit itu dijaga oleh malaikat, supaya jangan ada setan-setan yang bisa naik ke atas atau akan ada jin yang akan mendengarkan rahasia-rahasia langit. Di langit inilah Muhammad memberi hormat kepada Adam. Di tempat ini pula semua makhluk memuja dan memuji Tuhan. Perjalanan baginda berterusan hingga ke langit seterusnya. Juga di tempat itu ia melihat Malaikat maut Izrail, yang karena besarnya jarak antara kedua matanya adalah sejauh tujuh ribu hari perjalanan. Dan karena kekuasaanNya, maka yang berada di bawah perintahnya adalah seratus ribu kelompok. Ia sedang mencatat nama-nama mereka yang lahir dan mereka yang mati, dalam sebuah buku besar. Ia melihat juga Malaikat Airmata, yang menangis karena dosa-dosa orang, Malaikat Dendam yang berwajah tembaga yang menguasai anasir api dan sedang duduk di atas singgasana dari nyala api. Dan dilihatnya juga ada malaikat yang besar luar biasa, separo dari api dan separo lagi dari salju, dikelilingi oleh malaikat-malaikat yang merupakan kelompok yan Tuhan, Engkau telah menyatukan salju dengan ag tiada hentinya menyebut-nyebut nama Tuhan: Opi, telah menyatukan semua hambaMu setia menurut ketentuan Mu.

Manakala telah diceritakan oleh Ibn Hisyam melalui ucapan Nabi 'alaihissalam sesudah berjumpa dengan Adam di langit pertama, ketika mengatakan: "Kemudian kulihat orang-orang bermoncong seperti moncong unta, tangan mereka memegang segumpal api seperti batu-batu, lalu dilemparkan ke dalam mulut mereka dan keluar dari dubur. Aku bertanya: "Siapa mereka itu, Jibril?". "Mereka yang memakan harta anak-anak yatim secara tidak sah," jawab Jibril. Kemudian kulihat orang-orang dengan perut yang belum pernah kulihat dengan cara keluarga Fir'aun menyeberangi mereka seperti unta yang kena penyakit dalam kepalanya, ketika dibawa ke dalam api. Mereka diinjak-injak tak dapat beranjak dari tempat mereka. Aku bertanya: "Siapa mereka itu, Jibril?". "Mereka itu tukang-tukang riba," jawabnya. Kemudian kulihat orang-orang, di hadapan mereka ada daging yang gemuk dan baik, di samping ada daging yang buruk dan busuk. Mereka makan daging yang buruk dan busuk itu dan meninggalkan yang gemuk dan baik. Aku bertanya: "Siapakah mereka itu, Jibril"? "Mereka orang-orang yang meninggalkan wanita yang dihalalkan Tuhan dan mencari wanita yang diharamkan," jawabnya. Kemudian aku melihat wanita-wanita yang digantungkan pada buah dadanya. Lalu aku bertanya: "Siapa mereka itu, Jibril?" "Mereka itu wanita yang memasukkan laki-laki lain bukan dari keluarga mereka ..." Kemudian aku dibawa ke surga. Di sana kulihat seorang budak perempuan, bibirnya merah. Kutanya dia: "Kepunyaan siapa engkau?" Aku tertarik sekali waktu kulihat. "Aku kepunyaan Zaid ibn Haritha," jawabnya. Maka Rasulullah s.a.w. lalu memberi selamat kepada Zaid ibn Haritha .

Langit ketujuh adalah tempat orang-orang yang adil, dengan malaikat yang lebih besar dari bumi ini seluruhnya. Ia mempunyai tujuhpuluh ribu kepala, tiap kepala tujuhpuluh ribu mulut, tiap mulut tujuhpuluh ribu lidah, tiap lidah dapat berbicara dalam tujuh puluh ribu bahasa, tiap bahasa dengan tujuhpuluh ribu dialek. Semua itu memuja dan memuji serta mengkuduskan Tuhan.

"Sementara ia sedang merenungkan makhluk-makhluk ajaib itu, tiba-tiba ia membubung lagi sampai di Sidrat'l-Muntaha yang terletak di sebelah kanan 'Arsy, menaungi berjuta-juta ruh malaikat. Di sini Malaikat Jibril berhenti kerana tidak mampu melangkah lebih jauh lagi. Nabi Muhammad meneruskan perjalanan bersendirian hingga ke 'Arasy
Sesudah melangkah, tidak sampai sekejap matapun ia sudah menyeberangi lautan-lautan yang begitu luas dan daerah-daerah cahaya yang terang-benderang, lalu bagian yang gelap gulita disertai berjuta-juta tabir kegelapan, api, air, udara dan angkasa. Tiap macam dipisahkan oleh jarak 500 tahun perjalanan. Ia melintasi tabir-tabir keindahan, kesempurnaan, rahasia, keagungan dan kesatuan.

Kemudian terasa lagi ia membubung ke atas ke tempat Yang Maha Tinggi. Terpesona sekali ia. Tiba-tiba bumi dan langit menjadi satu, hampir-hampir tak dapat lagi ia melihatnya, seolah-olah sudah hilang tertelan. Keduanya tampak hanya sebesar biji-bijian di tengah-tengah ladang yang membentang luas.

"Kemudian lagi ia sudah berada di hadapan 'Arsy, sudah dekat sekali. Ia sudah dapat melihat Tuhan dengan persepsinya, dan melihat segalanya yang tidak dapat dilukiskan dengan lidah, di luar jangkauan otak manusia akan dapat menangkapnya . tetapi perkara ini tetap dibahaskan setakat mana Rasulullah saw melihat Allah swt..

"Sesudah berbicara... Tuhan memerintahkan hambaNya itu supaya setiap Muslim setiap hari sembahyang limapuluh kali. Begitu Nabi Muhammad saw kembali turun dari langit, ia bertemu dengan Nabi Musa as. Maka Nabi Musa as berkata kepadanya ::

Bagaimana kau harapkan pengikut-pengikutmu akan dapat melakukan salat lima puluh kali tiap hari? Sebelum engkau aku sudah punya pengalaman, sudah ku cuba terhadap anak-anak Israil sejauh yang dapat ku lakukan. Percayalah dan kembali kepada Tuhan, minta supaya dikurangi jumlah sembahyang itu.

Nabi Muhammad saw pun kembali. Jumlah sembahyang juga lalu dikurangi menjadi empat puluh. Tetapi Nabi Musa as menganggap itu masih di luar kemampuan orang. Disuruhnya lagi Nabi penggantinya itu berkali-kali kembali kepada Tuhan sehingga berakhir dengan ketentuan sebanyak lima kali sehari semalam .

Sekarang Jibril membawa Nabi mengunjungi syurga yang sudah disediakan sesudah hari kebangkitan, bagi mereka yang teguh iman. Kemudian Nabi Muhammad as kembali dengan tangga itu ke bumi. Buraqpun dilepaskan. Lalu ia kembali dari Bait'l-Maqdis ke Mekah naik hewan bersayap. Baginda sekembalinya dari mikraj turun ke Baitul Maqdis dan menaiki Buroq ke Mekah bersama Jibril Sampai di Mekah, Buroq dan Jibril meninggalkan Nabi berseorangan.
Krisis kepercayaan dan keimanan ini sudah wujud pada zaman Nabi lagi.. Baginda amat sedar bahawa jika diceritakan pengalaman itu kepada orangramai, nescaya ramai yang tidak mempercayainya.
Ummu Hani mengatakan:
"Malam itu Rasulullah bermalam di rumah saya. Selesai solat akhir malam, ia tidur dan kamipun tidur. Pada waktu sebelum fajar Rasulullah sudah membangunkan kami. Sesudah melakukan ibadat pagi bersama-sama kami, ia berkata: 'Ummu Hani', saya sudah salat akhir malam bersama kamu sekalian seperti yang kaulihat di lembah ini. Kemudian saya ke Bait'l-Maqdis (Yerusalem-Palestin) dan bersembahyang di sana. Sekarang saya sembahyang siang bersama-sama kamu seperti kaulihat."

Setelah mendengar khabar itu,Ummu Hani sedikit pun tidak meragui apa yang didengarinya daripada baginda Rasulullah saw. Kemudian Ummu Hani menghalang Rasulullah saw daripada menceritakan kepada kaumnya kerana dia tahu bahawa kaum Nabi Muhammad saw akan mendustainya.
Bagaimana kaumnya hendak percaya sedangkan perjalanan unta dari Mekah ke Baitul Maqdis sahaja memakan masa berbulan-bulan tetapi Nabi boleh pergi dan balik dalam masa sehari semalam dan ditambah pula dengan naik ke langit hingga Sidratul Muntaha. Ketika itu waktu Subuh. Abu Jahal terserempak dengan Nabi. Nabi menceritakan perjalanannya dari Mekah ke Baitul Maqdis semalaman. Abu Jahal yang sememangnya mencari isu yang boleh menghakis kepercayaan orang kepada Nabi, terus mempersendakannya dan berlalu sambil menghebohkan kepada orangramai. Nabi Muhammad tidak perlu mengumpulkan orang sebab Abu Jahal sendiri sudah berusaha memanggil mereka untuk mendengar cerita 'karut' Nabi Muhammad.
Sekumpulan manusia dari Bani Qa'ab dan Luay berkumpul di sekeliling Nabi untuk mendengar peristiwa yang berlaku. Nabi menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku.Orang-orang Arab penduduk Mekah tidak dapat memahami semua pengertian ini. Itulah pula sebabnya, tatkala soal isra' itu oleh Muhammad disampaikan kepada mereka, merekapun lalu menanggapinya dari bentuk materi - mungkin atau tidaknya isra' itu. Segolongan kaumnya tetap yakin akan kebenaran Nabi . Tetapi Ada yang terpinga-pinga mendengarnya, Apa yang dikatakannya itu kemudian menimbulkan kesangsian juga pada beberapa orang pengikutnya, pada orang-orang yang tadinya sudah percaya. Mereka banyak yang mengatakan: Masalah ini sudah jelas. Perjalanan kafilah yang terus-meneruspun antara Mekah-Syam memakan waktu sebulan pergi dan sebulan pulang. Mana boleh jadi Nabi Muhammad saw hanya satu malam saja pergi-pulang ke Mekah?

Ada dikalangan mereka yang sudah Islam itu kemudian berbalik murtad. Mereka yang masih menyangsikan hal ini lalu mendatangi Abu Bakar dan keterangan yang diberikan Nabi Muhammad saw itu dijadikan bahan pembicaraan .

Kalian berdusta," kata Abu Bakar “

"Sungguh," kata mereka. "Dia di masjid sedang bicara dengan orang banyak."

Dan kalaupun itu yang dikatakannya," kata Abu Bakr lagi, "tentu dia bicara yang sebenarnya. Dia mengatakan kepadaku, bahwa ada berita dari Tuhan, dari langit ke bumi, pada waktu malam atau siang, aku percaya. Ini lebih lagi dari yang kamu herankan”

Abu Bakar lalu mendatangi Nabi dan mendengarkan dan melihat Rasulullah saw
melukiskan Bait'l-Maqdis .Abu Bakar sudah pernah berkunjung ke kota itu .
Selesai Nabi melukiskan keadaan masjidnya,
"Rasulullah, saya percaya." Abu Bakar berkata :

Sejak itu Muhammad memanggil Abu Bakr dengan "AshShiddiq."

Alasan mereka yang berpendapat bahwa isra' itu dengan jasad ialah karena ketika Quraisy mendengar tentang kejadian Suraqa mereka menanyakannya dan mereka yang sudah beriman juga menanyakan tentang peristiwa yang luar biasa itu. Mereka memang belum pernah mendengar hal semacam itu. Lalu diceritakannya tentang adanya kafilah yang pernah dilaluinya di tengah jalan. Ketika ada seekor unta dari kafilah tersesat, dialah yang menunjukkan. Pernah ia minum dari sebuah kafilah lain dan sesudah minum lalu ditutupnya bejana itu. Pihak Quraisy menanyakan hal tersebut. Kedua kafilah itupun membenarkan apa yang telah diceritakan Nabi Muhammad saw itu .

Sunday, July 19, 2009

KENALI AL – AZHAR KITA!!!

Mungkin ramai di kalangan kita yang punya keinginan dan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di universiti tertua di dunia ini atau sekadar melawatnya,tapi masih belum kesampaian . Walaubagaimana pun mungkin inisiatif ini,sedikit sebanyak mengubat rasa hati kita semua .

Berdasarkan catatan sejarah silam, Al-Azhar telah ditubuhkan oleh Khalifah Mu'iz Dinillah Ma'ad Bin Al-Mansur pada 6 Julai 969 Masihi pada zaman pemerintahan kerajaan Fathimiyyah. Pada masa yang sama, bandaraya Kaherah telah diisytiharkan sebagai ibu negara Mesir.Setahun selepas itu, kerja-kerja pembinaan Al-Azhar telah dimulakan oleh seorang panglima tentera bernama Jauhari As-Saqali iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah dan siap dibina pada 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hujrah. Pembinaan masjid Al-Azhar ini telah mengambil masa selama 3 tahun dan pada tarikh tersebut juga lah solat jumaat pertama telah didirikan di sana .

Pada asalnya, Al-Azhar merupakan sebuah masjid yang ditubuhkan oleh Khalifah Fathimiyyah dan kemudiannya telah ditukarkan kepada sebuah Universiti Islam pertama di dunia oleh Khalifah Al-Aziz Billah setelah dicadangkan oleh wali kerajaan Abbasiah di Mesir bernama Ya'akub bin Kals pada tahun 378 Hijrah bersamaan tahun 988 Masihi .Bermula dari saat itu, Mesir telah disinari dengan kehadiran ulamak-ulamak daripada seluruh pelusuk dunia yang datang untuk menuntut ilmu .

Nama Al-Azhar diambil sempena nama puteri Rasulullah s.a.w. iaitu,Saidatina Fatimah Az-Zahra' yang memberi makna bersinar, berkilau dan bercahaya . Masjid ini juga dikenali sebagai Jami' Al-Azhar.

Peruntukan dana yang besar telah diperuntukkan bagi pembinaan universiti ini dengan pelbagai kemudahan dalam semua aspek pengajian .Pengumpulan dana telah dipelopori oleh Khalifah Al-Hakim bin Amrillah , kemudiannya diteruskan oleh khalifah-khalifah seterusnya disamping sumbangan orang-orang kaya tempatan dan juga dari seluruh negara Islam . Percaya atau tidak,sehingga kini diberitakan bahawa kekayaan Al-Azhar mencecah satu pertiga atau lebih kekayaan kerajaan Mesir . Penuntut – penuntutnya tidak perlu mengeluarkan kos pengajian yang tinggi dan perlu menyediakan kos pembelian kitab dan sara diri sahaja .Di samping itu, Al-Azhar turut memberi zakat berupa makanan ruji seperti beras dan makaroni kepada penuntutnya .

Ketika zaman pemerintahan Sultan AN-Nasir pada tahun 1303 Masihi,telah berlaku gempa bumi yang kuat sehingga merosakkan dan memusnahkan sebahagian masjid dan universiti ini. Pembaikian telah dilaksanakan namun terdapat banyak perubahan dan perbezaan dari segi seni binanya kerana ia dilakukan pada zaman yang berbeza. Semasa pemerintahan Sultan Quaitbay,beliau telah membina sebuah menara yang terletak di sebelah kiri pintu gerbang.

Keunikan masjid Al-Azhar ini semakin terserlah semasa zaman pemerintahan Sultan dan pemerintah Mesir yang seterusnya dengan terdirinya beberapa menara lain seperti 'Manaratul Azhar Zatu Ar-Rasain' yang terletak di sebelah kanan pintu gerbang, yang mana ia mempunyai dua puncak dan satu menara yang dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah. Mihrab dan mimbar turut digantikan di samping membina penginapan bagi mahasiswa,ruang tamu dan tangki air untuk berwudhu' .Masjid ini mempunyai lima buah menara yang berbagai bentuk serta mempunyai 13 mihrab dan terdapat juga sebuah perpustakaan yang sangat besar di sana .

Pada tahun 1961 Masihi,Masjid ini telah berubah fungsinya kepada sebuah universiti moden yang mempunyai pelbagai fakulti seperti perubatan dan fakulti-fakulti yang lebih profesional sedangkan dulunya hanya terdapat tiga jurusan sahaja iaitu bahasa,syariah dan usuluddin .

Setiap pimpinannya digelar Syeikh Jami' Al-Azhar bermula dengan Syeikh Al-Azhar I ,Syeikh Muhammad Al- Quraisy sehingga sekarang Syeikh Al-Azhar yang ke-40 iaitu Dr Mohammed Syed Al-Tontowi .