Tuesday, August 4, 2009

ISRAK DAN MIKRAJ

"

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.
(Surah Isra’: 1)
Rasanya sudah terlambat untuk saya merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan sempena bulan Rejab yang mulia , iaitu kisah Isra’ dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. Secara hakiki sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu segala nabi dan rasul NYA. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah merupakan satu perutusan daripada Tuhan untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat kepada hambaNYA. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril as kepada Nabi Muhammad saw, akan tetapi disebabkan tingginya darjat ibadah solat itu, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw. Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad saw setelah mengalami kesedihan berikutan kematian penyokong kuat baginda iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib pada tahun yang sama,iaitu pada tahun digelar sebagai “ ‘amul hazin ” .
Peristiwa Isra’ dan mikraj ini berlaku secara 'luarbiasa', kita jangan sekali-kali mempertikaikan kesahehannya. Kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan aqidah Islamiah, mesti mempercayainya dan memandang ia sebagai satu kebenaran kerana merupakan salah satu mukjizat Allah kepada Rasul NYA dan juga termaktub di dalam Al-Quran sebagai dalil yang nyata dan tidak mampu disanggah lagi, sebagaimana yang tercatat di atas. Sebenarnya Isra’ dan Mikraj menguji keimanan kita sebagai umat islam. Menilai kembali sejauh manakah keyakinan kita pada kekuasaan dan kehendak Allah SWT, kerana segala yang berlaku ketika peristiwa ini bukanlah kehendak Rasulullah saw,akan tetapi ia merupakan iradah Allah SWT. Mereka yang mempercayainya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenarannya termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya dan boleh membawa kepada kafir.
Manusia pertama yang percaya bulat-bulat 100% ialah Saidinia Abu Bakar sedangkan ketika itu umat manusia masih dalam keraguan terhadap peristiwa tersebut. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan ruh Nabi Muhammad bukannya ruh saja (seperti dalam mimpi) sepertimana yang didakwa oleh orientalis dan ada juga dikalangan orang yang mengatakan, bahwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw dengan ruh itu berpegang kepada keterangan Ummu Hani' ini, dan juga kepada yang pernah dikatakan oleh Aisyah r.a : "Jasad Rasulullah s.a.w. tidak hilang, tetapi Allah menjadikan isra' itu dengan ruhnya." Juga Mu'awiya b. Abi Sufyan ketika ditanya tentang isra' Rasul menyatakan: Itu adalah mimpi yang benar dari Tuhan. Di samping semua itu orang berpegang kepada firman Tuhan: "Tidak lain mimpi yang Kami perlihatkan kepadamu adalah sebagai ujian bagi manusia." (Surah Isra’, 17:60)
Sebaliknya orang yang berpendapat, bahwa isra' dari Mekah ke Bait'l-Maqdis itu dengan jasad, landasannya ialah apa yang pernah dikatakan oleh Nai Muhammad saw, bahawa dalam isra' itu ia berada di pedalaman, seperti yang akan disebutkan ceritanya nanti. Sedang mi'raj ke langit adalah dengan ruh. Di samping mereka itu ada lagi pendapat bahwa isra' dan mi'raj itu keduanya dengan jasad. Polemik sekitar berbeza pendapat yang sangat banyak di kalangan ahli-ahli ilmu kalam dan ribuan hasil penulisan .
Dalam kesempatan ini saya cuba mengkaji dan menulis kembali rentetan peristiwa tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar, walaupun pada hakikatnya ia sedikit berat kerana dikhuatiri punya percanggahan pendapat yang ketara pada hasil penulisan ini. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.
Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) mengikut sepakat ramai yang menyatakan ia berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja'afar di Hijr Ismail (Masjidil Haram), dan ada pula yang menyatakan pada masa Isra' dan Mi'raj terjadi, Nabi Muhammad saw sedang berada di rumah saudara sepupunya, Hindun puteri Abu Talib yang mendapat nama panggilan Ummu Hani' setelah menyelesaikan daripada urusan manusia dan solat isyak terakhir dan kemudian masing-masing masuk tidur. Ketika itu tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah. (Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).
Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani, baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kenderaan yang amat canggih iaitu Buraq (seekor binatang dari alam malakut yang mempunyai pergerakan yang teramat laju). Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)
Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad saw akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat 2 rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu dan mendengar kalam Allah SWT. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat. (Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia.Dan Rasulullah saw dapat mengetahui terlebih dahulu tentang masa hadapan iaitu tentang hijrah baginda dan peristiwa nabi terdahulu daripada baginda saw. )
Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:

• Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang
________________________________________ Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur
• Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.
________________________________________ Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
• Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.
________________________________________ Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
• Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah
________________________________________ Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
• Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan
________________________________________ Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
• Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.
________________________________________ Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
• Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
________________________________________ Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
• Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
________________________________________ Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
• Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.
________________________________________ Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
• Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti
________________________________________ Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
• Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti
________________________________________ Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
• Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti
________________________________________ Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
• Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu
________________________________________ Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
• Nabi tercium bau yang amat harum
________________________________________ Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
• Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang
________________________________________ Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
• Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.
________________________________________ Gambaran orang yang makan riba'
• Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
________________________________________ Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad saw solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu. Rasulullah saw dianggap sebagai penghulu sekalian nabi dan rasul kerana telah mengimani solat tersebut .
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Baginda telah memilih gelas berisi susu, maka Jibril as berkata bawaha baginda telah memilih kebiasaan iaitu,minuman fitrah manusia…
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih melebihi escalator dan tidak mampu diungkap dengan kalam manusia, ia membawa Nabi ke langit. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha. Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.

Langit pertama Nabi berjumpa Nabi Adam, bapa segala manusia.
Langit kedua Berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya.
Langit ketiga Berjumpa dengan Nabi Yusof
Langit keempat Berjumpa dengan Nabi Idris
Langit kelima Berjumpa dengan Nabi Harun
Langit keenam Berjumpa dengan Nabi Musa
Langit ketujuh Berjumpa dengan Nabi Ibrahim

Langit pertama terbuat dari perak murni dengan bintang-bintang yang digantungkan dengan rantai-rantai emas. Tiap langit itu dijaga oleh malaikat, supaya jangan ada setan-setan yang bisa naik ke atas atau akan ada jin yang akan mendengarkan rahasia-rahasia langit. Di langit inilah Muhammad memberi hormat kepada Adam. Di tempat ini pula semua makhluk memuja dan memuji Tuhan. Perjalanan baginda berterusan hingga ke langit seterusnya. Juga di tempat itu ia melihat Malaikat maut Izrail, yang karena besarnya jarak antara kedua matanya adalah sejauh tujuh ribu hari perjalanan. Dan karena kekuasaanNya, maka yang berada di bawah perintahnya adalah seratus ribu kelompok. Ia sedang mencatat nama-nama mereka yang lahir dan mereka yang mati, dalam sebuah buku besar. Ia melihat juga Malaikat Airmata, yang menangis karena dosa-dosa orang, Malaikat Dendam yang berwajah tembaga yang menguasai anasir api dan sedang duduk di atas singgasana dari nyala api. Dan dilihatnya juga ada malaikat yang besar luar biasa, separo dari api dan separo lagi dari salju, dikelilingi oleh malaikat-malaikat yang merupakan kelompok yan Tuhan, Engkau telah menyatukan salju dengan ag tiada hentinya menyebut-nyebut nama Tuhan: Opi, telah menyatukan semua hambaMu setia menurut ketentuan Mu.

Manakala telah diceritakan oleh Ibn Hisyam melalui ucapan Nabi 'alaihissalam sesudah berjumpa dengan Adam di langit pertama, ketika mengatakan: "Kemudian kulihat orang-orang bermoncong seperti moncong unta, tangan mereka memegang segumpal api seperti batu-batu, lalu dilemparkan ke dalam mulut mereka dan keluar dari dubur. Aku bertanya: "Siapa mereka itu, Jibril?". "Mereka yang memakan harta anak-anak yatim secara tidak sah," jawab Jibril. Kemudian kulihat orang-orang dengan perut yang belum pernah kulihat dengan cara keluarga Fir'aun menyeberangi mereka seperti unta yang kena penyakit dalam kepalanya, ketika dibawa ke dalam api. Mereka diinjak-injak tak dapat beranjak dari tempat mereka. Aku bertanya: "Siapa mereka itu, Jibril?". "Mereka itu tukang-tukang riba," jawabnya. Kemudian kulihat orang-orang, di hadapan mereka ada daging yang gemuk dan baik, di samping ada daging yang buruk dan busuk. Mereka makan daging yang buruk dan busuk itu dan meninggalkan yang gemuk dan baik. Aku bertanya: "Siapakah mereka itu, Jibril"? "Mereka orang-orang yang meninggalkan wanita yang dihalalkan Tuhan dan mencari wanita yang diharamkan," jawabnya. Kemudian aku melihat wanita-wanita yang digantungkan pada buah dadanya. Lalu aku bertanya: "Siapa mereka itu, Jibril?" "Mereka itu wanita yang memasukkan laki-laki lain bukan dari keluarga mereka ..." Kemudian aku dibawa ke surga. Di sana kulihat seorang budak perempuan, bibirnya merah. Kutanya dia: "Kepunyaan siapa engkau?" Aku tertarik sekali waktu kulihat. "Aku kepunyaan Zaid ibn Haritha," jawabnya. Maka Rasulullah s.a.w. lalu memberi selamat kepada Zaid ibn Haritha .

Langit ketujuh adalah tempat orang-orang yang adil, dengan malaikat yang lebih besar dari bumi ini seluruhnya. Ia mempunyai tujuhpuluh ribu kepala, tiap kepala tujuhpuluh ribu mulut, tiap mulut tujuhpuluh ribu lidah, tiap lidah dapat berbicara dalam tujuh puluh ribu bahasa, tiap bahasa dengan tujuhpuluh ribu dialek. Semua itu memuja dan memuji serta mengkuduskan Tuhan.

"Sementara ia sedang merenungkan makhluk-makhluk ajaib itu, tiba-tiba ia membubung lagi sampai di Sidrat'l-Muntaha yang terletak di sebelah kanan 'Arsy, menaungi berjuta-juta ruh malaikat. Di sini Malaikat Jibril berhenti kerana tidak mampu melangkah lebih jauh lagi. Nabi Muhammad meneruskan perjalanan bersendirian hingga ke 'Arasy
Sesudah melangkah, tidak sampai sekejap matapun ia sudah menyeberangi lautan-lautan yang begitu luas dan daerah-daerah cahaya yang terang-benderang, lalu bagian yang gelap gulita disertai berjuta-juta tabir kegelapan, api, air, udara dan angkasa. Tiap macam dipisahkan oleh jarak 500 tahun perjalanan. Ia melintasi tabir-tabir keindahan, kesempurnaan, rahasia, keagungan dan kesatuan.

Kemudian terasa lagi ia membubung ke atas ke tempat Yang Maha Tinggi. Terpesona sekali ia. Tiba-tiba bumi dan langit menjadi satu, hampir-hampir tak dapat lagi ia melihatnya, seolah-olah sudah hilang tertelan. Keduanya tampak hanya sebesar biji-bijian di tengah-tengah ladang yang membentang luas.

"Kemudian lagi ia sudah berada di hadapan 'Arsy, sudah dekat sekali. Ia sudah dapat melihat Tuhan dengan persepsinya, dan melihat segalanya yang tidak dapat dilukiskan dengan lidah, di luar jangkauan otak manusia akan dapat menangkapnya . tetapi perkara ini tetap dibahaskan setakat mana Rasulullah saw melihat Allah swt..

"Sesudah berbicara... Tuhan memerintahkan hambaNya itu supaya setiap Muslim setiap hari sembahyang limapuluh kali. Begitu Nabi Muhammad saw kembali turun dari langit, ia bertemu dengan Nabi Musa as. Maka Nabi Musa as berkata kepadanya ::

Bagaimana kau harapkan pengikut-pengikutmu akan dapat melakukan salat lima puluh kali tiap hari? Sebelum engkau aku sudah punya pengalaman, sudah ku cuba terhadap anak-anak Israil sejauh yang dapat ku lakukan. Percayalah dan kembali kepada Tuhan, minta supaya dikurangi jumlah sembahyang itu.

Nabi Muhammad saw pun kembali. Jumlah sembahyang juga lalu dikurangi menjadi empat puluh. Tetapi Nabi Musa as menganggap itu masih di luar kemampuan orang. Disuruhnya lagi Nabi penggantinya itu berkali-kali kembali kepada Tuhan sehingga berakhir dengan ketentuan sebanyak lima kali sehari semalam .

Sekarang Jibril membawa Nabi mengunjungi syurga yang sudah disediakan sesudah hari kebangkitan, bagi mereka yang teguh iman. Kemudian Nabi Muhammad as kembali dengan tangga itu ke bumi. Buraqpun dilepaskan. Lalu ia kembali dari Bait'l-Maqdis ke Mekah naik hewan bersayap. Baginda sekembalinya dari mikraj turun ke Baitul Maqdis dan menaiki Buroq ke Mekah bersama Jibril Sampai di Mekah, Buroq dan Jibril meninggalkan Nabi berseorangan.
Krisis kepercayaan dan keimanan ini sudah wujud pada zaman Nabi lagi.. Baginda amat sedar bahawa jika diceritakan pengalaman itu kepada orangramai, nescaya ramai yang tidak mempercayainya.
Ummu Hani mengatakan:
"Malam itu Rasulullah bermalam di rumah saya. Selesai solat akhir malam, ia tidur dan kamipun tidur. Pada waktu sebelum fajar Rasulullah sudah membangunkan kami. Sesudah melakukan ibadat pagi bersama-sama kami, ia berkata: 'Ummu Hani', saya sudah salat akhir malam bersama kamu sekalian seperti yang kaulihat di lembah ini. Kemudian saya ke Bait'l-Maqdis (Yerusalem-Palestin) dan bersembahyang di sana. Sekarang saya sembahyang siang bersama-sama kamu seperti kaulihat."

Setelah mendengar khabar itu,Ummu Hani sedikit pun tidak meragui apa yang didengarinya daripada baginda Rasulullah saw. Kemudian Ummu Hani menghalang Rasulullah saw daripada menceritakan kepada kaumnya kerana dia tahu bahawa kaum Nabi Muhammad saw akan mendustainya.
Bagaimana kaumnya hendak percaya sedangkan perjalanan unta dari Mekah ke Baitul Maqdis sahaja memakan masa berbulan-bulan tetapi Nabi boleh pergi dan balik dalam masa sehari semalam dan ditambah pula dengan naik ke langit hingga Sidratul Muntaha. Ketika itu waktu Subuh. Abu Jahal terserempak dengan Nabi. Nabi menceritakan perjalanannya dari Mekah ke Baitul Maqdis semalaman. Abu Jahal yang sememangnya mencari isu yang boleh menghakis kepercayaan orang kepada Nabi, terus mempersendakannya dan berlalu sambil menghebohkan kepada orangramai. Nabi Muhammad tidak perlu mengumpulkan orang sebab Abu Jahal sendiri sudah berusaha memanggil mereka untuk mendengar cerita 'karut' Nabi Muhammad.
Sekumpulan manusia dari Bani Qa'ab dan Luay berkumpul di sekeliling Nabi untuk mendengar peristiwa yang berlaku. Nabi menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku.Orang-orang Arab penduduk Mekah tidak dapat memahami semua pengertian ini. Itulah pula sebabnya, tatkala soal isra' itu oleh Muhammad disampaikan kepada mereka, merekapun lalu menanggapinya dari bentuk materi - mungkin atau tidaknya isra' itu. Segolongan kaumnya tetap yakin akan kebenaran Nabi . Tetapi Ada yang terpinga-pinga mendengarnya, Apa yang dikatakannya itu kemudian menimbulkan kesangsian juga pada beberapa orang pengikutnya, pada orang-orang yang tadinya sudah percaya. Mereka banyak yang mengatakan: Masalah ini sudah jelas. Perjalanan kafilah yang terus-meneruspun antara Mekah-Syam memakan waktu sebulan pergi dan sebulan pulang. Mana boleh jadi Nabi Muhammad saw hanya satu malam saja pergi-pulang ke Mekah?

Ada dikalangan mereka yang sudah Islam itu kemudian berbalik murtad. Mereka yang masih menyangsikan hal ini lalu mendatangi Abu Bakar dan keterangan yang diberikan Nabi Muhammad saw itu dijadikan bahan pembicaraan .

Kalian berdusta," kata Abu Bakar “

"Sungguh," kata mereka. "Dia di masjid sedang bicara dengan orang banyak."

Dan kalaupun itu yang dikatakannya," kata Abu Bakr lagi, "tentu dia bicara yang sebenarnya. Dia mengatakan kepadaku, bahwa ada berita dari Tuhan, dari langit ke bumi, pada waktu malam atau siang, aku percaya. Ini lebih lagi dari yang kamu herankan”

Abu Bakar lalu mendatangi Nabi dan mendengarkan dan melihat Rasulullah saw
melukiskan Bait'l-Maqdis .Abu Bakar sudah pernah berkunjung ke kota itu .
Selesai Nabi melukiskan keadaan masjidnya,
"Rasulullah, saya percaya." Abu Bakar berkata :

Sejak itu Muhammad memanggil Abu Bakr dengan "AshShiddiq."

Alasan mereka yang berpendapat bahwa isra' itu dengan jasad ialah karena ketika Quraisy mendengar tentang kejadian Suraqa mereka menanyakannya dan mereka yang sudah beriman juga menanyakan tentang peristiwa yang luar biasa itu. Mereka memang belum pernah mendengar hal semacam itu. Lalu diceritakannya tentang adanya kafilah yang pernah dilaluinya di tengah jalan. Ketika ada seekor unta dari kafilah tersesat, dialah yang menunjukkan. Pernah ia minum dari sebuah kafilah lain dan sesudah minum lalu ditutupnya bejana itu. Pihak Quraisy menanyakan hal tersebut. Kedua kafilah itupun membenarkan apa yang telah diceritakan Nabi Muhammad saw itu .

No comments:

Post a Comment