Tiada harapan selain ALLAH… Tiada qudwah selain NABI MUHAMMAD S.A.W. Tiada kata seindah AL-QURAN, Tiada jalan selain AS-SUNNAH, Tiada perjuangan selain ISLAM….
Monday, March 21, 2011
TeNtAnG sEOrAnG aYaH
Friday, January 28, 2011
Rindukan SAHABAT !!!
tika ini kita terpisah jauh,
jauh sekali...
ribuan langkah ku pergi
belum tentu ku temui mu...
tapi sahabat...
jarak itu tak pernah
mematahkan rasa kasih ku buat mu
aku rindukan kamu sahabat...
rindu sangat-sangat !!!
aku rindu tawa mu...
aku rindu nasihat mu...
aku rindu senyuman mu...
aah...
hakikatnya aku rindukan segalanya tentang diri mu...
sahabat...
kini aku semakin jadi anak kecil
sentiasa ingin diberi perhatian dan sokongan
tapi hingga kini...
tak ade yg bisa mengganti mu di sisi ku.
sahabat...
aku rindu insan yang dulu
memapahku,
tika ku tersunggur...
menyapu air mata ku,tika ia mengalir laju...
menegurku,
bila diam menyerbu...
membantuku,
tika sakit selalu menguji ku...
dan aku rasa terlalu kehilangan mu,
bila tiada lagi insan yg sudi mebetulkan ku
tika ku tersalah perhitungan
aku seolah-olah terus hanyut di situ...
sahabat...
lupakah kamu ???
dalam waktu-waktu lalu
pernah ade nostalgia indah bersama
yang terlakar di kanvas hidup itu...
berjabat tangan kita
kerna sebuah ukhuwwah...membelah langit bersama
demi satu impian...
melangkah pada hari pertama
dengan penuh harapan...
berlari berkejaran
kerna sebuah pengajian...
lupakah kau sahabat ku...
dengan linangan air mata
aku melakar rasa rindu buat mu
sebagai bukti aku rindukan mu
sahabat ku ....
aku ingat lagi,
satu masa kita masing-masing mengadu lemah
cuba mencari semangat dengan roh 'Sang Murabbi'
tapi akhirnya roh itu menyendirisedangkan kita asyik berkongsi cerita sendiri...
ketahuilah sahabat...
berkali-kali aku menyeru pada diri ku,
aku bisa hidup tanpa mu
aku harus hidup di atas kaki sendiri
aku mesti cuba melupakan kenangan itu
tapi hakikatnya aku tak bisa sahabat
kerna aku terlalu sayangkan kamu...
kadang-kadang khabar dari sana
membuatkan hatiku sakit lagi,
sakit rindu...
sahabat...
foto-foto kamu masih kemas ku simpan dalam folder ku
tanpa sanggup aku membeleknya kesekian kali
kerna ku takut air mata ini gugur lagi
aku tak nak terus lemah dan lesu begini
aku mesti cuba dan cuba lagi !!!!
sahabat...
tahu kah kamu rindukan ku ini ???
sahabat...
aku tak pernah salahkan diri mu
atas kejauhan mu dari ku
kerna perpisahan ini pilihan ku.
tapi ku tahu...
mungkin kesibukan dengan amanah dan tanggujawab mu
yang memaksa semua ini terjadi.
aku redha dalam kesakitan dan kerinduan...
tapi satu yang ku pinta sahabat...
jangan lupakan aku...
siapa pun aku di hati mu...ketahuilah sahabat ku...
kamu tetap insan istimewa di hati ku...
aku rindukan sahabat ku...
Saturday, January 22, 2011
Pinanglah Daku kerana DAKWAH !!!
Thursday, January 6, 2011
~:: Mesti Disini ::~
Assalamualaikum.w.b.t.
Alhamdulillah akhirnya tangan ni dikuatkan juga utk menulis blog ni,kaku rasanya tangan ana nak menulis sb dah lama sangat tak berkongsi rasa. Moga2 yg ditulis kalini tak de yg merapu.. : )
Dah hampir setahun rupanya ana kembali ke tanah air, dah mcm2 benda yg ana lalui tapi kenangan2 di Mesir tak juga hilang dari ingatan. Bukan niat nak melupakan sebenarnya tp memori2 indah dan pahit di sana buat hati ana rasa sakit lagi, kdg2 sedih sampai tak de air mata lagi yg nak keluar….
Rindu sangat sebenarnya….hu5
………………………
Pagi tadi borak2 dgn Ma, saje2 cakap :
“ kalu ayah bagi pegi Mesir lagi, ore pun nak gi lagi ”
Ma kata “ tak payah lah…takkan nak gi lagi dlm keadaan ayh mcm tu ”
………………………
Damm !!!
Jawapannya jelas,tepat padat dan berkesan buat hati ana yakin kenapa kena sambung pelajaran di Malaysia jer…
Sekarang fatrah utk ana cuba melupakan Mesir,
Ana mesti pandang kedepan ….
Merancang masa depan ….
InsyaAllah,ujian ni bakal berakhir.
Walaupun hampir setahun berlalu,kasih ana pd sahabat2 di sana xkan layu mcm ni….
bunga hadiah k.ct masa last day in egypt
Lepas STAM hari tu,banyaknya masa kosong…tulah yg membuatkan ana banyak termenung teringatkan kisah2 lalu, itu dan ini…Akhirnya tak de mood buat pape…dop umah besarkan badan jer lah… ( He3…Ana makin comel )
Hakikatnya waktu2 kosong itu diibaratkan oleh Dr.A’idh dlm karyanya ‘Don’t be Sad’ umpama seksaan halus ala penjara cina. Si tahanan diletakkan dibawah paip air yg menitiskan air setitis setiap minit selama bertahun2. Dalam jangka masa yg panjang tahanan tersebut boleh menjadi gile…hebat juga teori tu, agak2 nya kalau ana pun terus bersama waktu2 kosong mcm ni pun bakal jd gile kot…
Masa2 kosong yg ada, jika kita tak cepat2 mencari ‘parang’ utk mencantasnya maka bersiap sedialah kita utk merasai waktu2 yg paling payah dalam hidup. Hati akan merasai kesedihan, kegelisahan dan cemas dgn masa hadapan yg tdk diketahui bgaimana rupanya. Akal kita yg sejengkal ini mula menerawang mengingati masa2 lalu yg kelat yg ana nak umpamakan mcm buah ciku yg tak masak (sb baru makan ciku kelat )
Seharusnya bersiap siaga lah kita dgn amalan2 yg boleh menyesakkan jadual harian kita dgn solat2 sunat, berzikir, membaca Al-quran dan mengemas bilik dan rumah anda yg sedang bersepah tu !!!
Damm , bersepah ke???
Tahun pun dah berganti, tak salah kalau kita pun ganti tabiat kita, orang kata AZAM BARU, tapi ana lebih suka katakan kita letak target kita nak buat ape…
Target : harian
Target : Mingguan
Target : bulanan
Target : tahunan
Ni tak,setiap tahun berazam tapi tak pernah sekali pun tertunai azamnya….sedih tol…
Lepas capai target baru tambah baru.
Umm.. moga hari2 esok lebih baik dan membahagiakan
UmmuZahra
“ bilik ku bersepah ”