Wednesday, January 20, 2010

‘MIND SET’ UTAMA KITA

“Aku memang tak pandai…”,
“Aku selalu gagal,tak mungkin aku boleh najah kali ni…”
“Alah kalau baca awal-awal pun aku bukan ingat…”

Ungkapan sebegini merupakan tiket awal bagi orang-orang yang menempah kegagalan. Ketahuilah,sesungguhnya sesuatu yang kita inginkan adalah bermula dari mind set awal kita, adakah ia positif atau negatif . Jika sebelum kita melaksanakan sesuatu perkara,kita telah tanamkan dalam diri bahawa kita tidak mampu atau kita pasti gagal tanpa kita berusaha melakukannya terlebih dahulu, pasti kita menuju kearah satu kegagalan kerana semangat utama kita telah luntur. Tetapi cuba kita bayangkan andai ia sebaliknya,kita akan lebih bersemangat untuk mengejar hadaf di hadapan kita dengan cemerlang.

Begitu juga dalam fatrah menghadapi imtihan ini, kita tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan mindset awal kita bahawa kita akan gagal tanpa terlebih dahulu kita berusaha menyediakan bekalan yang terbaik untuk dibawa ke medan sebenar nanti. Apa sekali pun natijahnya, janganlah ia menjadi perkara pokok untuk kita fikirkan hari ini. Samada kita berjaya meraih mumtaz atau tidak, kerana ingatlah kejayaan sebenar letaknya pada pandangan Allah s.w.t. yang dinilai melalui kesungguhan kita dalam berusaha bukan pada natijah semata-mata. Jadi tumpuan utama kita adalah pada muzakarah yang berterusan dengan penuh keikhlasan dan sentiasalah kita berfikiran positif untuk menjadi lebih proaktif.

Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud :

{Maka berpegangteguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah
kamu termasuk orang yang bersyukur.}
(Surah. Al-A'raf: 144)

Sikap yakin pada kemampuan diri adalah sangat penting untuk dipraktikkan. Jika kita percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat untuk meraih kejayaan. Maka kita akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: “aku hanya akan hidup hari ini”. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri kita setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan , mengembangkan semua potensi diri kita dan tidak mengabaikan setiap masa yang berharga untuk mengulangkaji pelajaran .

Prinsip ini juga mampu untuk kita mengatasi masalah suka menangguh-nangguh sesuatu pekerjaan. Ingatlah,jika kita berada di pagi hari, janganlah menunggu petang tiba dan janganlah menanti hari esok untuk kita memulakan pembacaan. Hari inilah yang akan kita jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang dengan penuh kelapangan. Hari yang saat ini mataharinya menyinari kita, dan siangnya menyapa kita inilah hari kita. Jadi bersegeralah kita mengambil kitab-kitab,mulakanlah pembacaan kita.

Ingatlah, orang yang cemerlang suka melakukan apa yang orang gagal tidak suka lakukan !!

Janganlah pula kita jadikan kegagalan kita yang lepas sebagai bayangan kegelapan untuk kita berusaha meraih kejayaan di hari ini. Mengingat dan mengenang kegagalan lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan itu merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi. Segala kegagalan kita adalah satu ujian daripada Allah s.w.t supaya kita lebih faqih dalam ilmuNya dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ujian Allah itu juga untuk menilai kesabaran kita dalam menghadapinya .

{Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu
dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya
kamu beroleh kemenangan. }
(Surah Ali Imran ayat 200)

8 JAN 2010,JUMAAT(ARMA)

Monday, January 11, 2010

Nilai LE5

Pengajaran hidup yang baru dapat hari ini adalah mengenal nilai LE5…


Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman:

“Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar”

Kerana kurang mengambil istifadah dari ayat Allah s.w.t. ini agar kita sebagai hambaNya banyak bersabar dalam mengharungi kehidupan kita sehari-harian,aku terpaksa membayar 0.50 qirsh tambang bas dengan LE5 untuk tambang teksi hari ni.

Jika dinilai, LE5 tu dah boleh buat tambang ke kuliah selama lima hari tapi hari ni aku memaksa diri untuk gadaikan LE5 semata-mata untuk menebus kerinduan kepada seorang ulama’ dan rindu mengikuti talaqi yang dah lama aku biarkan terbengkalai…

Baru je teksi tu bergerak lebih kurang 100meter,berselisih dgn bas ke darrasah…oh tidak !! aku dah bazirkan duit hari ni atas ketidak sabaran aku…

Tapi semuanya sebuah pengorbanan semata-mata kerana ilmuNya…aku redha.

Sepanjang perjalanan tu aku sempat berfikir seketika…rugilah nilai LE5 yang dah aku gadaikan sebentar tadi kalau aku tak kutip sesuatu yang berharga hari ni… ‘mesti fokus’ !!

Aku kuatkan tekad dan ikhlaskan niat…’tuntutlah ilmu kerana Allah’

Tiada nilainya LE5 berbanding ilmu yang bakal aku dapat …

Sampai je kat dalam masjid Azhar tu aku terus melangkah ke ruang yang biasa digunakan untuk bertalaqi, dalam perjalanan tu aku terperasan ramai orang dekat bilik sebelah tapi aku tak nak ambil peduli sb yang aku tahu, aku dah terlewat…

Aku terkesima…
Ada majlis apa dalam bilik ni hari ni?? Bilik tu disinari dengan sinaran lampu yang terang tidak macam biasa dan video camera di sudut tengah bilik.

Aku dapatkan akhawat lain untuk duduk bersama dibahagian tepi bilik tersebut.

Subhanallah…Alhamdulillah …Allahu akbar…

Aku benar-benar ta’ajub bila terpandang insan yg baru duduk di kerusi hadapan…

“Sheikh Ali Jumaah”
(Mufti Mesir)

Aku sangat bersyukur kerana Allah dah balas nilai LE5 dengan sesuatu yang lebih beribu kali ganda nilainya…rezki ku setelah sebulan menyepi dari talaqi, hari ni pemulanya kembali ,aku berpeluang mendengar kuliah dari Sheikh Ali (Sheikh kepada para mashaikh )…’Aziim’.

Semoga ia bukanlah yang terakhir buat ku…

(Mungkin ada yang menganggap aku berkira dalam menuntut ilmu tapi hakikatnya jimat itu perlu selagi termampu)

UmmuZahra’
10 Jan 2010