Monday, January 11, 2010

Nilai LE5

Pengajaran hidup yang baru dapat hari ini adalah mengenal nilai LE5…


Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman:

“Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar”

Kerana kurang mengambil istifadah dari ayat Allah s.w.t. ini agar kita sebagai hambaNya banyak bersabar dalam mengharungi kehidupan kita sehari-harian,aku terpaksa membayar 0.50 qirsh tambang bas dengan LE5 untuk tambang teksi hari ni.

Jika dinilai, LE5 tu dah boleh buat tambang ke kuliah selama lima hari tapi hari ni aku memaksa diri untuk gadaikan LE5 semata-mata untuk menebus kerinduan kepada seorang ulama’ dan rindu mengikuti talaqi yang dah lama aku biarkan terbengkalai…

Baru je teksi tu bergerak lebih kurang 100meter,berselisih dgn bas ke darrasah…oh tidak !! aku dah bazirkan duit hari ni atas ketidak sabaran aku…

Tapi semuanya sebuah pengorbanan semata-mata kerana ilmuNya…aku redha.

Sepanjang perjalanan tu aku sempat berfikir seketika…rugilah nilai LE5 yang dah aku gadaikan sebentar tadi kalau aku tak kutip sesuatu yang berharga hari ni… ‘mesti fokus’ !!

Aku kuatkan tekad dan ikhlaskan niat…’tuntutlah ilmu kerana Allah’

Tiada nilainya LE5 berbanding ilmu yang bakal aku dapat …

Sampai je kat dalam masjid Azhar tu aku terus melangkah ke ruang yang biasa digunakan untuk bertalaqi, dalam perjalanan tu aku terperasan ramai orang dekat bilik sebelah tapi aku tak nak ambil peduli sb yang aku tahu, aku dah terlewat…

Aku terkesima…
Ada majlis apa dalam bilik ni hari ni?? Bilik tu disinari dengan sinaran lampu yang terang tidak macam biasa dan video camera di sudut tengah bilik.

Aku dapatkan akhawat lain untuk duduk bersama dibahagian tepi bilik tersebut.

Subhanallah…Alhamdulillah …Allahu akbar…

Aku benar-benar ta’ajub bila terpandang insan yg baru duduk di kerusi hadapan…

“Sheikh Ali Jumaah”
(Mufti Mesir)

Aku sangat bersyukur kerana Allah dah balas nilai LE5 dengan sesuatu yang lebih beribu kali ganda nilainya…rezki ku setelah sebulan menyepi dari talaqi, hari ni pemulanya kembali ,aku berpeluang mendengar kuliah dari Sheikh Ali (Sheikh kepada para mashaikh )…’Aziim’.

Semoga ia bukanlah yang terakhir buat ku…

(Mungkin ada yang menganggap aku berkira dalam menuntut ilmu tapi hakikatnya jimat itu perlu selagi termampu)

UmmuZahra’
10 Jan 2010

No comments:

Post a Comment