Sunday, February 7, 2010

~Kembali~

Hampir dua tahun saya meninggalkan medan program di sekolah akhirnya saya kembali turun padang walaupun hanya sekadar melihat dan mendengar luahan sahabat-sahabat dan junior-junior yang kini menerajui kepimpinan Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan .


Program Nadwah Kepimpinan Naqibat 2010,akhirnya selesai dijalankan setelah 3 hari 2malam peserta berkampung di sekolah . Memandangkan saya hanya sempat mengikuti sesi terakhir sahaja dalam program ini,jadi apa yang menjadi tarikan bagi saya adalah majlis wada’ program yang punya roh tersendiri.



Ketika baca doa Wehdah dan bacaan doa Rabithah, tiba-tiba rasa gementar jantung ini mengingatkan tanggungjawab yang dah lama terbengkalai dan teringatkan memori-memori bersama senior dan sahabat-sahabat seperjuang yang sama-sama berpenat lelah menjaga keizzahan Maahd tercinta dulu.

Tapi apa yang terjadi sekarang amat menyedihkan. Memang diakui ia bukan sahaja masalah bagi sekolah itu sahaja malah boleh dikata ia menjadi masalah bagi semua sekolah terutama sekolah agama . Masalah disiplin yang menjadi-jadi dan program dakwah dan kerohanian yang kurang mendapat sambutan .Kehadiran ahli usrah juga makin berkurangan. Majoriti pelajar sekarang lebih minat kepada hiburan dan meninggalkan keagamaan walaupun tahun ini sekolah tersebut kali pertama menjejah 1000orang pelajar . Tapi ia bukanlah satu kebanggaan jika pelajarnya hanya berkualiti pada pelajaran sahaja tapi tidak pada kerohanian.

Fenomena ia terjadi akibat daripada budaya membaca dan menghafal hanya untuk imtihan semata-mata .

Sedih juga bila dengar sahabat-sahabat cerita bahawa sekarang program tak boleh garang-garang,tak boleh marah sikit walaupun untuk tujuan mendidik,tapi malangnya terus naik pihak atasan sekolah atau mak ayah datang marah-marah . Patut lah pelajar sekarang susah jadi orang kalau guru pun tak ada kuasa nak marah dan pukul pelajar .

Jadi sekarang program sekolah-sekolah menjurus kepada perkara ilmiah sahaja. Tapi agak kelakar lah bila saya dengar program kepimpinan macam buat kuliah saje..hu3 ape nak jadi sekolah ku..

No comments:

Post a Comment